fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Didakap & Dicium Jururawat 9 Hari Sebelum Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak [Video]

Kanak-Kanak Didakap & Dicium Jururawat 9 Hari Sebelum Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak [Video]

Difahamkan keluarga memilih untuk membawa pulang adik Zarif Azri pada waktu itu setelah doktor memaklumkan bahawa mereka sudah kehabisan pilihan perubatan untuk merawatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian insan tersayang terutamanya ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak-anak pasti memberi kesan kepada sesiapa sahaja.

Manakan tidak, mereka bukan sahaja pernah hadir dalam hidup kita malah boleh dikatakan sebagai insan paling rapat dan terdekat.

Terbaharu tular di Twitter satu video memperlihatkan seorang kanak-kanak kecil bernama Zarif Azri yang dilihat bersalaman dan berpelukan dengan pasukan perubatan di sebuah hospital.

Namun video tersebut hanyalah satu video lama yang dikongsikan ibu kepada anak syurga ini di mana adik Zarif ketika ini sudah pun menemui Sang Pencipta.

Difahamkan ianya dimuat naik ibunya yang dikenali sebagi Anna di Instagram bersempena 1,000 hari pemergian anaknya pada 10 Februari lalu.

Menerusi kenyataan pada video tersebut, arwah adik Zarif sebelum ini telah mendapatkan rawatan di Wad 9C Unit Dialisis Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur sehinggalah 8 Mei 2020.

Meninggal dunia selepas 9 hari keluar dari wad

Namun apa yang menyedihkan, arwah adik Zarif meninggal dunia sembilan hari selepas keluar dari wad.

Bukan itu sahaja, adik Zarif di dalam video itu juga seakan-akan mengerti bahawa kehidupannya di dunia yang fana ini sudah hampir ke penghujugnya.

Difahamkan keluarga memilih untuk membawa pulang anak kecil itu setelah doktor memaklumkan bahawa mereka sudah kehabisan pilihan perubatan untuk merawatnya.

“Memori yang akan kekal bersama kami selamanya”

Perjuangan sudah bermula sejak 2018

Menerusi satu lagi perkongsian, Anna menjelaskan perjuangan si kecil yang menghidap masalah buah pinggang ini sudah bermula dari tahun 2018.

Sepanjang tempoh itu pelbagai ujian yang dihadapi si kecil ini sehinggalah dia meninggal dunia pada usia 12 tahun.

Menerusi hantaran sama, Anna turut berterima kasih kepada semua pegawai perubatan yang banyak membantu menjaga arwah adik Zarif sepanjang menjalani rawatan di hospital tersebut.

Perkongsian itu ternyata mencetuskan rasa sebak di kalangan ramai pengguna media sosial baik di Twitter dan juga Instagram.

Malah ramai yang mendoakan agar ibu dan keluarganya terus kuat dengan ujian yang kuat ini.

Satu yang pasti, di saat kita sedang menangis.. adik Zarif sedang berlari-lari di taman syurga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.