fbpx
Now Reading
Saya Panggil Kluster Baru Ini ‘Jengkel’ – Doktor Luah Perasaan, Lebih Gemar Rawat Pesakit Tabligh

Saya Panggil Kluster Baru Ini ‘Jengkel’ – Doktor Luah Perasaan, Lebih Gemar Rawat Pesakit Tabligh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/afiq.mohd.12/posts/10157397082987987

Bakal memasuki minggu keempat PKP, nampaknya wabak Covid-19 di negara kita masih menimbulkan kerisauan orang ramai.

Buat petugas kesihatan mereka sudah melalui beberapa kluster berbeza dalam merawat pesakit Covid-19 bermula dari fasa awal penyakit tersebut di Malaysia sehinggalah kluster terbaru membabitkan mereka yang baru pulang dari luar negara.

Rindu pada pesakit tabligh

Namun buat petugas kesihatan ini, Dr Afiq, dia yang mengakui rindu pada para pesakit dari kluster jemaah tabligh yang bukan sahaja berdisiplin, kuat beribadah malah begitu merendah diri.

Ini jauh berbeza dengan sikap sesetengah mereka yang sedang menjalani rawatan ketika ini dimana mereka dilihat seperti ‘lebih kepada merawat sifat pentingkan diri daripada merawat penyakit itu sendiri’

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Dia orang ini semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat dia orang ini walaupun berpeluh-peluh dek PPE.

Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita. Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan Al-Quran hampir setiap masa.

Hantu pun lari kerana akhlak dan zikir mereka

Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka.

Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut.

Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Kluster baru dipanggil kluster jengkel

Kini datang satu kluster baru. Dia orang panggil kluster Turki atau overseas. Saya panggil kluster jengkel. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Dia orang ini acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa dia orang pergi melancong, dia orang tanpa segan silu papar gambar dia orang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dan sebagainya.

Kadang-kadang terasa macam kita ini lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.

Paling banyak demand

Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi.

Itu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..

Masih ada yang ok antaranya student

Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ini memang sangat menjengkelkan.

Tambahnya dia sendiri menyedari bahawa kluster luar negara ini kebanyakannya golongan berkemampuan , dan berpengaruh. Namun sebagai petugas kesihatan dia perlu meneruskan tugasnya demi negara.

Saya faham. Mereka ini kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawa ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

Nak buat macam mana. Kene hadap juga la untuk berapa bulan pula yang mendatang. Kita ini pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Dia orang ini pula datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua. Rindu geng tabligh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.