fbpx
Now Reading
Negara Kita Rekod Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 di Asia

Negara Kita Rekod Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 di Asia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Secara kasarnya dapat dikatakan usaha keras frontliners kita dalam menangani wabak Covid-19 semakin menampakkan hasilnya.

Ianya ditambah lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan yang bakal memasuki fasa ke 3 esok hari.

Memetik kenyatan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat semalam Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif kes pulih yang begitu memberangsangkan iatu seramai 2,276 orang atau 47.3 peratus, manakala jangkitan baharu mencatat 134 kes.

Selain dari itu kadar kematian disebabkan wabak maut itu di negara kita juga adalah yang terendah iaitu sebanya 1.61% berbanding negara lain seperti Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%.

Namun usaha ini semestinya akan gagal sekiranya masih ada rakyat atau penduduk di Malaysia yang mengingkari arahan PKP yang sedang dilaksanakan.

Jadi bersamalah kita patuhi arahan pihak berkuasa agar terus tinggal di rumah!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.