fbpx
Now Reading
Demi Sedarkan Orang Awam Polis Bolivia Pakai Kostum Koronavirus

Demi Sedarkan Orang Awam Polis Bolivia Pakai Kostum Koronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak covid-19 di seluruh dunia ketika in benar-benar menakutkan. Setakat ini sahaja sudah 2,000,000 orang dijangkiti dengan angka korban terus meninggkat melebihi 100,000 orang.

Namun angka ini belum cukup mengerunkan buat sesetengah orang antaranya penduduk di Bolivia sehingga memaksa polis di sana untu mengenakan kostum Koronavirus dalam memberikan kesedaran tentang bahayanya wabak maut ini.

Memetik Mirror, dua orang anggota polis sebelum ini dirakam sedang menyamar dengan mengenakan kostum tersebut sambil berlegar-legar di sebuah jalan di La Paz.

Mereka kemudiannya akan berpura menari mengikut muzik dalam masa sama bertegur sapa dengan orang ramai yang masih berkeliaran dan menasihati mereka tentang bahayanya Covid-19

Strategi mereka dalam memberikan kesedaran denga cara sebegini mendapat pujian ramai kerana ia seakan memberikan gambaran bahawa virus maut tersebut turut berkeliaran di tempat awam.

Difahamkan mengikut undang-udang yang dikeluarkan pihak berkuasa Bolivia, rakyat mereka hanya dibenarkan untuk keluar sekali dalam seminggu di antara jam 7 pagi hingga 7 petang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.