fbpx
Now Reading
Ajal Rider KFC Meninggal Semasa Bekerja Di Malam Pertama Ramadan Buat Netizen Bersedih

Ajal Rider KFC Meninggal Semasa Bekerja Di Malam Pertama Ramadan Buat Netizen Bersedih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat kesibukan orang ramai menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada malam tadi, dunia Twitter dilihat sedang bersedih apabila kisah seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang ‘rider’ bagi rangkaian restoran makan segera,KFC meninggal dunia ketika sedang bertugas menghantar makanan,

Kisah pemuda itu dikongsikan seorang sahabatnya, Aimannaim di Twitter miliknya.

Menerusi perkongsian Aimannaim tersebut, Daniel Dzaqi,21 yang sedang bertugas menghantar pesanan difahamkan telah dirempuh oleh sebuah kereta di sebuah kawasan di Padang Jawa, Shah Alam.

Meninggal pada malam pertama Ramadan

‘Tersangkut’ dalam hujan lebat pada malam tersebut

Tambah pemuda ini lagi arwah sebelum kejadian ada memuat naik status yang dia tersangkut didalam hujan lebat namun Allah lebih menyayanginya dan mengambil sahabatnya ketika dia sedang bertugas.

Namun yang mencetuskan rasa hiba adalah perkongsian allahyarham yang di muat naik di laman Instagram dan Twitter miliknya yang seolah meluahkan rasa takut kerana terperangkap di dalam hujan lebat.

Dalam pada itu Aiman turut berharap agar nasib para rider seperti sahabatnya itu akan terbela dengan diberikan sedikit pampasan.

Perkongsian Aimannaim ini mencetuskan hiba di kalangan penghuni Twitterjaya. Rata-rata mereka mendoakan agar roh Daniel Dzaqi dicucuri rahmat apatah lagi pemergiannya adalah hari mulia iaitu malam jumaat dan malam pertama Ramadhan.

Selain itu ada juga berpendapat arwah pergi juga ketika sedang ‘bekerja’ mencari rezeki.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan sahabat arwah.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.