fbpx
Now Reading
Lelaki Kritik & Bantah Perintah Berkurung Di AS Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Lelaki Kritik & Bantah Perintah Berkurung Di AS Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata mengetahui negara Amerika Syarikat ketika ini adalah negara yang paling terjejas teruk susulan dari penularan wabak Covid-19.

Data rasmi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (setakat hari ini) mencatatkan terdapat 830,53 kes positif di AS dengan angka korban seramai 29,127.

Ini sedikit berbeza dari data yang dikongsi Wikipedia yang dilihat lebih menyeramkan dimana angka kematian dilaporkan melebihi dari 50,000 kematian.

Namun jumlah itu belum cukup mengerunkan sesetengah penduduk di sana sehingga mengadakan tunjuk perasaan menentang larangan berkurung yang dikeluarkan pihak berkuasa di sana dalam menangani virus maut tersebut.

Tunjuk perasaan di New Hampshire menentang larangan berkurung

Terbaru, seorang pemuda yang turut menyertai bantahan tersebut dilaporkan telah meninggal dunia selepas dijangkiti virus maut tersebut .

John McDaniel, 60, dari Marion County di Ohio, dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah hospital di Columbus, AS selepas dua minggu bertarung dengan wabak tersebut.

McDaniel pada 15 Mac difahamkan telah menghentam Gabenor Ohio, Mike DeWine di media sosial kerana melaksanakan perintah berkurung di wilayah itu.

“Jika apa yang saya dengar itu betul, dimana DeWine bertindak mengarahkan semua bar dan restoran di tutup, saya katakan itu semua mengarut!

“Dia tiada hak untuk bertindak demikian. Jika anda paranoid untuk jatuh sakit jangan keluar rumah,” tulisnya.

Dia juga menerusi satu lagi posting turut mendakwa virus COVID-19 ini adalah satu muslihat politik.

Akaun Facebooknya bagaimanapun telah ditutup selepas kematiannya, namun kenyataannya tempoh hari masih boleh dilihat di laman sosia tersebut.

Sebagai rekod, McDaniel adalah penduduk pertama di Marion County yang mati akibat Covid-19

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.