fbpx

VE Bakal Buat Comeback Selepas PKP Tamat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

13 tahun menyepikan diri tidak sedikit pun melenyapkan jenama kumpulan Voices of Euphonious atau lebih dikenali sebagai VE.

Kehadiran ahli kumpulan mereka secara bergilir sepanjang pelaksanaan PKP di Instagram rasmi VE sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan peminat-peminat mereka selepas kali terakhir mereka hadir dengan lagu baru adalah disekitar pertengahan 2006 menerusi lagu  Ikhlas Tapi Jauh. 

Dua lagi ahli baru

Adeep (tengah) dan Hakim (2 dari kanan) kini menganggotai VE

Disepanjang PKP juga mereka turut mengumumkan kehadiran dua lagi ahli baru mereka iaitu Adeep Nahar (bekas TFC) dan Luqman Hakim (Esquiere Music).

Terbaru, dalam satu temu bual bersama BH!, kumpulan ini secara rasmi mengumumkan akan membuat ‘comeback’.

Perancangan comeback asalnya pada Bulan Mei

Menurut Zaf yang mewakili VE, mereka yang pada asalnya merancang untuk begiat kembali pada bulan depan bagaimanapun terpaksa mengangguhkannya sehingga penghujung PKP

“Kali terakhir kami menerbitkan lagu adalah pada 2006 menerusi Ikhlas Tapi Jauh. Sebenarnya, niat untuk kembali aktif memang sudah lama dirancang, tetapi disebabkan setiap anggota ada komitmen, agak sukar.

“Selepas 13 tahun, kami perlu mencari masa untuk berlatih kerana vokal boleh dikatakan sudah ‘berkarat’.

“Jadi, cabaran utama kami adalah masa. Namun, kami sudah berlatih sebulan hingga dua bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,” katanya.

Vokal masih mantap seperti dahulu

Namun buat mereka yang mengikuti live VE di Instagram pasti mengetahui tenaga dan lontaran vokal mereka masih kekal seperti dahulu. Hampir 1 jam bersiaran pasti akan terselit nyanyian secara ringkas tapi padu oleh mereka.

Malah menerusi Showcase Muzik dari Rumah yang dianjurkan KKMM di Youtube, sentuhan mereka masih diakui kekal seperti dahulu.

Lah tidak turut serta di program MuzikDariRumah kerana komitmen lain

Walaubagaimanapun kelibat Lah Ahmad yang tidak kelihatan di rakaman program , dan jarang dilihat berada bersama di IG terjawab apabila Zaf atau nama sebenarnya Zafri Nazaruddin memaklumkan yang Lah tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitmen lain.

“Seperti yang saya nyatakan, jadual adalah kekangan kami. Dalam aktiviti yang kami lakukan sejak akhir-akhir ini, Lah tidak dapat hadir.

“Namun, kami kena teruskan perjalanan dan yakin dengan dua ahli baharu,” katanya.

Kami di Buzzkini mendoakan kejayaan VE untuk kemunculan kembali mereka. Buat anda yang ingin mengikuti perkembangan VE bolehlah follow IG mereka di Sini : https://www.instagram.com/voicesofeuphonious/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.