fbpx
Now Reading
Rezeki Ramadan, Selepas Ebit Lew & Adam Corrie, Kurta Cik Man Pula Habis Dijual

Rezeki Ramadan, Selepas Ebit Lew & Adam Corrie, Kurta Cik Man Pula Habis Dijual

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_zC-pQJxc_/

Meskipun ramai orang beranggapan raya Aidilfitri tahun ini pasti akan suram susulan dari penularan wabak Covid-19 tapi ini tidak menghalang masyarakat dari membeli baju raya sebagai persiapan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan .

Jika sebelum ini perniagaan pakaian Ustaz Ebit Lew dan Adam Corrie laris
di pasaran , kini giliran PU Azman pula yang mendapat sambungan mengalakkan dari masyarakat.

Alhamdulillah Kurta Cik Man sold out

Menerusi instagram, PU Azman berkongsi kepada pengikut dan orang ramai rasa syukurnya apabila koleksi ‘Kurta Cik Man’di bawah jenama miliknya, CikMan Collection habis ditempah pelanggan.

Doakan kami dapat meneruskan infaq melalui Cik Man Collection

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cik Man, sama dengan nama jenama pakaiannya turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong dan mendoakan perniagaannya.

“Terima kasih kepada yang membeli dan mendoakan. Kurta Cik Man adalah salah satu produk jenama Cik Man sendiri di bawah Cik Man Collection. Doakan kami dapat meneruskan infaq melalui Cik Man Collection.

Difahamkan Cik Man juga sedang merancang mengeluarkan produk kurta untuk kanak-kanak pula. Semoga terus maju jaya Cik Man!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.