fbpx
Now Reading
Ulang Kisah Lama, Dai Farhan Cerai Isteri Aura Ke 19 Yang Sedang Hamil

Ulang Kisah Lama, Dai Farhan Cerai Isteri Aura Ke 19 Yang Sedang Hamil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri kepada pendakwah bebas Dai Farhan, iaitu Dr Erin mengesahkan yang dia sudah diceraikan suaminya itu pada sekitar hujung April lalu.

Menerusi Instagram, Dr Erin atau nama betulnya  Noorainul Naqim Mohd berkongsikan berita tersebut kepada pengikutnya .

“Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai kepada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan.

“Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana (bekas madu) juga tak boleh move on.

Dai Farhan dan Dr Erin disatukan pada November tahun lalu di tanah suci Mekah.

“Perceraian ni saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya, kejap tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak cerai balik… saya tahu ustaz pun serba salah kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela,” tulisnya panjang lebar di ruangan kapsyen

Tambah Erin lagi, pendakwah itu sudahpun kembali merujuk bersama isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris disekitar Februari lalu memandangkan dia tidak mampu berjauhan dengan anak-anak .

Sepanjang tempoh tersebut, wanita ini mengakui yang dia pasrah menantikan waktu untuk diceraikan suami namun kemudian mendapat perkhabaran yang dia hamil baru-baru ini.

“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya, ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dengan anak-anak

“Pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh… tapi dengan menceraikan saya sebab mentua dia takkan bagi anak dia bermadu… sebabkan terlalu sayang ustaz, saya cakap pada ustaz bawa saya jumpa mak ustaz dan bekas madu untuk saya serahkan ustaz balik.

“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa daripada ustaz, cuma menunggu masa nak diceraikan saja. Sejak bulan Februari nak cerai ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula… tapi saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya,” ujarnya.

Cuba berlapang dada menerima semua itu, Erin bagaimanapaun meminta masyarakat agar tidak lagi mengaitkan dirinya dengan pendakwah tersebut.

Dia turut mengambil kesempatan yang ada dengan memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati sepanjang perkahwinannya dengan Dai Farhan.

“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan ustaz dengan saya, apa-apa yang saya post adalah atas diri saya sendiri yang hina ini, yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.

“Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan… akhir kata saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengan ustaz. Saya tak minta jadi macam ni.

“Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz masa tu dan saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.