fbpx
Now Reading
Pramugari Garuda Indonesia Tak Dibenarkan Pakai Face Mask Kerana Pelanggan Mengadu Tak Nampak Muka

Pramugari Garuda Indonesia Tak Dibenarkan Pakai Face Mask Kerana Pelanggan Mengadu Tak Nampak Muka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelik namun itulah kenyataaannya.

Disaat dunia masih lagi berdepan dengan penularan wabak Covid-19. Antara pelindung yang dapat menghalang penularan jangkitan virus ini selain dari kerap mencuci tangan adalah dengan menggunakan face mask.

Ia bukan sahaja melindungi diri dari terdedah malah pelitup muka ini juga boleh melindungi orang lain sekiranya si pemakainya positif tanpa bergejala malah penggunaannya sudah diterapkan sebagai norma baru di seluruh dunia.

Namun syarikat penerbangan negara jiran Garuda Indonesia yang baru kembali beroperasi selepas ‘berehat’ susulan penularan wabak Covid terpaksa meminta pramuga dan pramugari mereka dari berhenti menggunakan pelitup muka.

Terpaksa dilakukan kerana banyak aduan dari pelanggan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Irfan Setiaputra berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada pelanggan yang kurang senang dengan pemakaian face mask kerana mereka tidak dapat melihat raut wajah krew penerbangan

“Ramai pelanggan mengadu bila melihat pramugari dan pramugara memakai pelitup muka kerana mereka tidak dapat melihat samada mereka sedang senyum atau merungut,” katanya dalam satu perbincangan secara virtual

Guna Face Shield sebagai ganti Face Mask

Namun bagi melindungi krew dan pelangannya pengurusan Garuda Indonesia akan menggantikannya dengan pelindung muka yang lutsinar (face shield)

Face shield juga digunakan Phillipine Airlines dan AirAsia


“Dengan ini, interaksi antara manusia dalam kapal terbang masih boleh berlaku, walaupun sedikit dan semua orang akan berasa selamat dan selesa,” katanya menurut laporan itu.

“Dua perkara yang penting buat Garuda sekarang, keselamatan dan keselesaan,” ujarnya.

‘Pelanggan mengada’ kata netizen

Keputusan itu yang pada pengurusan agak namun telah menimbulkan kemarahan netizen tempatan seolah Garuda Indonesia akur kepada desakan pelanggannya tanpa mengambil kira keselamatan pekerja mereka dan pelanggan lainnya.

Muncul suara dikalangan netizen yang mengatakan mereka yang mengadu kepada pengurusan pastinya golongan mereka yang gatal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.