fbpx
Now Reading
Teruk Dihentam Tak Ingat Pada Si Ayah, Anak To’ki Tampil Bersuara

Teruk Dihentam Tak Ingat Pada Si Ayah, Anak To’ki Tampil Bersuara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas teruk dihentam netizen ekoran entri yang dimuat naiknya, tular, anak To’ki akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut

Yaya atau nama betulnya Noor Hidayah atau Yaya berkata, banyak pihak menghentam keluarganya seolah mereka semua lupa diri dengan hidup bersenang lenang sedangkan bapanya hidup dalam kesusahan

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.

Tiada niat untuk merendah-rendahkan bapanya, Yaya bagaimanapun terpaksa bersuara demi melindungi ibu dan mereka adik-beradik dari terus dikecam.

Kisah To’ki turut mendapat perhatian Pusat Pungutan Zakat MAIWP

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara,” ujarnya.

Dalam pada itu anak kedua To’ki itu berkata yang dia langsung tidak menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

“Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.

“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik.

Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” katanya.

Tambah Noor Hidayah kali pertama dan terakhir dia bersua muka dengan penyanyi itu ketika beliau menjadi wali nikahnya empat tahun lalu namun abangnya ada berhubungan bersama penyanyi tersebut melalui media sosial.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak To’ki dan ibu berpisah kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To’ki.

Hasil perkahwinan pertama, To’ki memiliki lima anak iaitu Mohd Hafizi, 28; Noor Hidayah, 27; Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Toki sewaktu ditemubual portal Metro berkata hubungannya bersama anak-anak dalam keadaan baik dan mereka sentiasa berada dekat dengannya walaupun jarang berjumpa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.