fbpx
Now Reading
Bakal Lawan Donald Trump, Kanye West Tawar Diri Bertanding Jawatan Presiden Amerika Syarikat

Bakal Lawan Donald Trump, Kanye West Tawar Diri Bertanding Jawatan Presiden Amerika Syarikat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mengejutkan semua pihak, rapper dan usahawan terkenal Amerika Syarikat, Kanye West mengumumkan akan bertanding mencabar Donald Trump untuk merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat bagi pemilihan 2020

Kenyataan tersebut dikongsikan West kepada orang ramai menerusi Twitternya semalam sedangkan sebelum ini dia dilihat sehaluan dengan presiden Amerika Syarikat tersebut.

Yang menariknya West bukan sahaja disokong isterinya, selebriti Hollywood, Kim Kardashian malah dia turut mendapat sokongan penuh dari usahawan teknologi yang juga CEO syarikat Tesla dan SpaceX iaitu Elon Musk

Namun tidak semua yang bersetuju dengan cadangannya yang dilihat seolah hanya mencipta pubisiti tanda demi memastikan kemenangan Trump.

Terdahulu West ada menyatakan hajatnya untuk bertanding jawatan no 1 Amerika Syarikat itu pada anugerah Muzik Video MTV 2015, namun semua orang pada waktu itu merasakan dia hanyalah bergurau.

Malah perkara sama dilakukannya pada sekitar November tahun lalu namun dia ketika kejadian ditawarkan hanya berminat menyertai pemilihan presiden bagi tahun 2024.

Persoalannya bagi pemilihan presiden 2020 ini, adakah Amerika Syarikat boleh mencipta sejarah untuk menerima seorang lagi Presiden Afro-Amerika selepas Barrack Obama yang pernah menjadi kesayanganan majorti rakyat Amerika dan penyokong parti Demokrat?

Yang pasti, jika perkara ini benar dan dia masih lagi berkesempatan untuk meraih tandatangan dari beberapa negeri, dia dijangka bertembung dengan 2 gergasi politik iaitu Donald Trump dan Joe Biden .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.