fbpx
Now Reading
Ini Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Di Lembah Kelang Selasa Depan Serta Tempoh Pemulihan

Ini Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Di Lembah Kelang Selasa Depan Serta Tempoh Pemulihan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

290 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 4 hari bermula selasa ini 14 Julai hingga 17 Julai ini.

Pengarah operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah dalam satu kenyataaan berkata, ini berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) yang akan memerlukan mereka menghenti tugas loji sepenuhnya.

Tahap gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan, bergantung kepada lokasi geografi dan juga tahap ketinggian premise merek

Air Selangor juga akan menggerakkan 91 lori tangki air ke kawasan terjejas, dengan mengutamakan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Berikutan henti tugas LRA ini, 290 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 Julai, 9 pagi hingga 17 Julai, 5 petang.

“Pemulihan bekalan air sepenuhnya dijangka pada hari sama jam 5 petang. Oleh itu, Air Selangor akan menggerakkan 91 lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal terdiri daripada hospital dan pusat dialisis.

“Air Selangor juga akan membuka 8 pusat khidmat setempat (PKS) dan menyediakan 6 pili air awam bermula 16 hingga 17 Julai untuk membantu pelanggan yang terjejas disebabkan kerja penambahbaikan LRA SSP3.

“Pelanggan komersial pula boleh membeli air di 2 stesen pengisian air setempat menggunakan lori tangki air masing-masing. Bayaran boleh dilakukan di semua kaunter khidmat pelanggan Air Selangor dan secara dalam talian,” katanya.

Di bawah kami kongsikan senarai penuh kawasan mengikut wilayah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.