fbpx
Now Reading
“Meremang Wei!” – Tular Suara Misteri Seakan Wanita Menjerit Kesakitan Di Dalam Wad Pada Jam 3 Pagi [Video]

“Meremang Wei!” – Tular Suara Misteri Seakan Wanita Menjerit Kesakitan Di Dalam Wad Pada Jam 3 Pagi [Video]

Menurut pemilik video, suara tersebut bukanlah datang daripada pesakit kerana pesakit yang berada di dalam wad berkenaan berada dalam keadaan kritikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bercakap soal perkara mistik, pasti ada segelintir di antara kita yang pernah merasai sendiri pengalaman yang menakutkan terutamanya semasa sendirian seperti gangguan bunyi, bau atau penampakan.

Di Malaysia pula, hospital merupakan antara tempat yang sering dikatakan seram dan banyak gangguan. Hal ini mungkin kerana kawasan tersebut kerap berlakunya kematian.

Seperti baru-baru ini, seorang pengguna media sosial telah berkongsi rakaman suara seakan seorang wanita sedang menjerit di sebuah hospital.

Jelas kedengaran suara wanita seakan menjerit kesakitan

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bujanglajak8, kedengaran jelas suara misteri itu seakan sedang menjerit kesakitan.

 “Kerap terjadi di hospital, bunyi teriakan, menyamar jadi jururawat, pek darah berkurang, benda jatuh.

“Apabila masuk tempat ini jangan kosong, banyakkan berselawat, ibadah dan biasakan doa Masnun. Pesanan untuk diri,” tulisnya dalam video.

Dalam video tersebut, suara berkenaan dipercayai datang dari dalam sebuah wad perubatan perempuan di hospital terbabit.

Bukan suara pesakit, sebab pesakit di dalam wad sedang kritikal

Dakwa si perakam, suara tersebut bukanlah datang daripada pesakit kerana pesakit yang berada di dalam wad berkenaan berada dalam keadaan kritikal.

“Bukan pesakit, sebab yang di dalam pesakit yang kritikal oksigen,” katanya ketika menjawab soalan salah seorang netizen.

Suara teriakan wanita terdengar pada jam 3 pagi

Menurutnya lagi, suara tersebut kedengaran semasa jam 3 pagi sewaktu dia ingin mengambil ubat.

“Suara asli waktu jam 3 subuh, ni nak ambil ubat tapi terdengar suara,” jawabnya lagi.

Netizen rasa meremang lepas dengar suara tersebut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa seram dan meremang selepas mendengar suara teriakan tersebut.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman seram yang dilalui mereka semasa berada di hospital.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.