Mengaku Salah Curi Wang Kripto Milik A.Aida, Mas Khan Didenda RM17,000

Pelakon, Mas Khan yang dikenali menerusi filem Abang Long Fadil 2 didenda RM 17,000 atau penjara 26 bulan sekiranya gagal membayar denda atas kesalahan mencuri ‘wallet’ mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.

Memetik Bernama, Majistret Farah Nasihah Annuar telah menjatuhkan hukuman terhadap Mas Khan selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes kali ketiga.

Pelakon itu didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama, dan denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan didakwa telah mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik penerbit terkenal A. Aida, 50, tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang pada jam 5 pagi 7 Mac tahun lalu.

Dia kemudiannya telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, peguam Surya Putra Mohamad Taufan yang mewakili Mas Khan telah memohon agar denda minimum dikenakan atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran memandangkan kes tersebut serius keseriusan disamping kerugian yang dialami mangsa adalah tinggi iaitu melebihi RM200,000.

Media sebelum ini melaporkan A.Aida bertegas yang di tidak akan beurusan bersama Mas Khan dalam bidang lakonan selepas aktor ini menjadi suspek atas kehilangan wang pelaburannya Bitcoin miliknya

Malah menurut A Aida, meskipun aktor tersebut turut berlakon dalam filem Ratu Kala Jengking terbitannya , dia sama-sekali tidak akan membenarkan pelakon tersebutterlibat dengan sebarang promosi filem

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

56 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

2 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

6 hours ago