fbpx
Now Reading
Ramai Prihatin, Tidak Sampai 24 Jam Hilang Motor, Rider Grab OKU Dapat Sumbangan Derma Kilat Cecah RM10K

Ramai Prihatin, Tidak Sampai 24 Jam Hilang Motor, Rider Grab OKU Dapat Sumbangan Derma Kilat Cecah RM10K

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/theofficialpeonjb/photos/a.153000796083612/304158034301220/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBwOeF3ft415ST-9BiYGEbxs_7FIn0irRiBt_jdOZxASE_L6g9SojwBSIAxbREYWEB2xm1-WAGWIjbcsL2HluaHVDBwWR3VF2DbmN7Tyl6JyvR0OBx0YP4-y2bUH5-Dqhq3Rh5C8bkU1lYBvyz4GmSw3sy8NY8QOuYI5SB4UIu4ts56s52Lo09spFN3QuL9vt6sU9aZoaGr8ztb87ZUHVHEOj2Ds466QQlPVrNFFnvfOC4kek_aC6wDMKjmfcpw_v9ajGFkD4WtHp_kAjk9hUzUt25JdLXzAmU1aM8B9X5n_eqIIiDxzjekVnwbZegVxLr5_TRy52YRlzq37sOsTzI&__tn__=-R

Tiada kata yang mampu diucapkan selain rasa simpati selepas mendengar kisah tular seorang penghantar makanan OKU dari Grab Food yang kehilangan motor sewaktu sedang menghantar pesanan makanan di sebuah kompleks membeli belah di Taman Pelangi, Johor Bahru

Kisah tersebut yang pada mulanya dikongsikan laman Facebook Peon_JB kemudian turut mendapat perhatian portal media tempatan selepas tular fotonya yang terduduk di tepi jalan selepas mengetahui motornya dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Lebih menaikkan kemarahan orang ramai selepas mereka mengetahui lelaki malang yang dikenali sebagai Faizal merupakan seorang OKU namun tetap bekerja bekerja keras mencari rezeki.

Mohon orang ramai tolong bantu cari motor

Pihak Peon_JB dalam masa sama turut meminta bantuan orang ramai agar sama-sama membantu menyalurkan maklumat sekiranya mereka terjumpa motorsikal milik pemuda tersebut.

Netizen cadang buat derma kilat

Namun selepas mendengar saranan beberapa orang netizen, Peon_JB kemudiannya telah menubuhkan tabung derma kilat bangi membantu Faizal yang pasti ‘patah kaki’ memandangkan dia memerlukan motorsikal untuk menjalankan tugasnya.

Berjaya kumpul RM10,000 tidak sampai 24 jam

Ajabnya, tidak sampai 24 jam, mereka berjaya mengumpulkan sejumlah amaun yang besar untuk Faizal hasil sumbangan dan keprihatinan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Perkara itu dikongsikan sendiri pemilik laman Peon_JB menerusi satu muat naik di laman Facebooknya.

“Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan yang x putus2 untuk suadara jal drp kalian2 semua, ini adalah jumlah keseluruhan drp semalam sampai pagi ini.

“Admin akan serahkan sumbangan ini secepat mungkin kepada saudara jal, min nak ajak mereka2 yang kaki kecam #peonjb kot takut duit x sampai ke tangan brader jal sama2 kita serahkan sumbangan ini kepada nya

“Kami stop terima sumbangan daripada kalian semua, mana yang terlepas bank in tu kami akan serahkan sekali semua..

Namun setakat artikel ini ditulis amaun tersebut terus meningkat melebihi RM 10,000 .

Berita tersebut benar-benar menggembirakan orang ramai terutama mereka yang menyalurkan sumbangan memandangkan amaun tersebut sudah cukup untuk mendapatkan sebuah motorsikal sebagai ganti sekiranya motorsikal Faizal gagal di jumpai.

Pelbagai bangsa hulurkan bantuan

Malah menerusi screenshot penyata bank tersebut, turut terdapat beberapa nama penderma yang mana boleh dikatakan penyalurnya terdiri dari rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama.

Motorsikal dikhabarkan sudah dijumpai

Lebih menggembirakan apabila ada yang mendakwa motorsikal Faizal sudah pun dijumpai hasil bantuan orang ramai di Johor Bahru

Jika benar motorsikal tersebut sudah dijumpai, ini pasti menggembirakan Faizal. Dia bukan sahaja berjaya menjumpai motorsikalnya semula malah kini mendapat sumbangan wang ikhlas dari rakyat Malaysia yang baik hati.

Kejadian ini membuktikan rakyat Malaysia rata-ratanya prihatin, pemurah, malah baik hati .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.