fbpx
Now Reading
China Keluarkan Amaran Satu Lagi Virus Baharu, Lagi Bahaya Dari Covid-19

China Keluarkan Amaran Satu Lagi Virus Baharu, Lagi Bahaya Dari Covid-19

Penularan wabak Covid-19 benar-benar menggerunkan seluruh masyarakat dunia. Berjuta yang sudah dijangkiti malahan angka korban juga sudah melebihi setengah juta manusia.

Namun tidak sampai setahun penemuan Covid-19, satu lagi virus baharu dilaporkan ditemui lagi dan pastinya lebih dahysat.

Virus pneumonia tidak dikenali di Kazakhstan

Virus ‘pneumonia tidak dikenali” itu ketika ini sudahpun menyerang negara jiran mereka Kazakhstan. Namun apa yang menakutkan orang ramai adalah angka kematiannya yang begitu tinggi iaitu 1,772 setakat 6 bulan pertama.

Kesemua kematian melibatkan radang paru-paru dan difahamkan separuh darinya berlaku pada bulan Jun, sekaligus membuktikan peningkatan kes secara mendadak

Tidak sampai beberapa minggu selepas penukaran jawatan Menteri Kesihatan

Kejadian ini berlaku beberapa minggu selepas Menteri Kesihatan Kazakhstan, Yelzhan Birtanov  yang disahkan positif Covi-19 digantikan dengan timbalannya susulan peningkatan gelombang kedua wabak Covid-19 di negara tersebut.

Amaran yang dikeluarkan kedutaan besar China di Kazakhstan itu turut menyebut pasukan penyelidik mereka sedang melakukan kajian perbanding diantara kedua virus tersebut

Angka kematian lebih tinggi dari Covid-19

“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.

“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan China dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.

See Also

Memetik Awani yang memetik SCMP laporan dari media tempatan menyenaraikan beberapa wilayah disana yang terjejas teruk iaitu wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent dimana kesemuanya telah mencatatkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.

Ekoran dari trend jangkitan tersebut, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menasihatkan rakyat mereka dan orang ramai yang tinggal berdekatan di untuk berhati-hati bagi mengelakkan daripada penularan wabak terbaru ini.

Tambahnya, negara itu “sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia,” menurut agensi berita Rusia Tass.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.