fbpx

Semua Jenis Penggambaran Filem Termasuk Di Media Sosial Perlu Dapat Lesen FINAS

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agensi berita antarabangsa Al Jazeera baru-baru ini telah mencetuskan satu kontroversi hangat apabila menerbitkan dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang dilihat berat sebelah dan lebih kepada melemparkan tuduhan tidak berasas dalam usaha negara menangani penularan wabak Covid-19

Bukan sahaja mendapat kecaman netizen dan media tempatan, Menteri Kanan (Keselamtan) Datuk Seri Ismail Sabri turut menuntut Al Jazeera untuk membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak lama kemudiannya, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) turut mendakwa agensi berita antarabangsa itu tidak memohon sebarang lesen untuk menjalankan penggambaran tersebut.

Sehubungan isu tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengesahkan bahawa sebarang jenis penggambaran filem yang dijalankan di dalam negara perlu mendapatkan lesen daripada FINAS terlebih dahulu.

Foto : Bernama

Perkara itu dijelaskan Saifuddin menerusi sesi soal jawab di Parlimen selepas diajukan soalan oleh wakil dari Kluang Wong Shu Qi pada pagi tadi 23 Julai.

Saat disoal sama ada permohonan lesen FINAS merangkumi penggunaan di media sosial seperti Instagram Live dan TikTok, Saifuddin kemudian menjawab semua tersebut tertakluk di bawah akta yang sama.

Dengan kata lain kesemua penerbit filem perlu memohon lesen FINAS sebelum melakukan penggambaran mereka meskipun hanya untuk tontonan di media sosial dan penggambaran bukan dari media arus perdana.

Ini bermakna content creator termasuk Youtuber perlu memohon lesen daripada FINAS sebelum melakukan sebarang aktiviti penggambaran

Di dalam perkara kedua akta tersebut, filem ditakrifkan sebagai filem cerita, filem pendek, filem kecil iklan, dokumentari, treler, dan sebarang jenis rakaman imej bergerak berbunyi ataupun tidak menggunakan pita video atau ceper video.

Menerusi laman FINAS, untuk memohon permit dan pendaftaran baru anda perlulah pemilik syarikat serta mempunyai modal berbayar tidak lebih dari RM 50,000. Rujuk di sini untuk syarat lain

Pada kami, mungkin akta harus digubal bagi menyesuaikan situasi semasa namun harus melalui beberapa penelitian yang khusus bagi mengelakkan sebarang pencabulan.

P/S : Takkan nak buat IG live pun nak kena apply lesen betol?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.