fbpx
Now Reading
Kenapa Kami Rasakan Mantan Ketua Hakim Dari Sabah Ini Wajar Di Anugerahkan Gelaran Tun

Kenapa Kami Rasakan Mantan Ketua Hakim Dari Sabah Ini Wajar Di Anugerahkan Gelaran Tun

Anak Sabah pertama yang menjadi Ketua Hakim Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini banyak berita yang kita dengar mengenai negeri Sabah. Selain dari isu Menteri Besar dan pilihanraya negeri (PRN) kita juga dikejutkan dengan laporan yang kerajan Filipina bakal meletakkan negeri di bawah bayu itu didalam peta pasport mereka.

Terbaru sebuah kumpulan hak sivil, iaitu Malaysia First telah mengusulkan agar bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dianugerahkan gelaran Tun, iaitu satu penghormatan tertinggi dalam negara.

Jelas mereka, mereka sendiri pelik memandangkan Tan Sri Richard merupakan satu-satunya Ketua Hakim yang tidak kurniakan anugerah berkenaan.

Namun ramai yang merasakan beliau tidak diberikan anugerah berkenaan memandangkan Yang di-Pertuan Agong ke-15 iaitu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada ketika itu telah membatalkan acara rasmi sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda kerana prihatin kepada tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.

Tan Sri Richard Malanjum sewaktu angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara Foto: Bernama

Jika anda tidak mengetahui siapa sebenarnya Richard Malanjum (sama seperti kami) pasti anda merasakan ini hanyalah satu perkara yang biasa. Namun dengan rekod mengetuai badan kehakiman hanya beberapa bulan atau lebih tepatnya 276 hari sebelum bersara, individu ini merupakan Ketua Hakim Negara yang bukan calang-calang orangnya.

Berasal dari Tuaran, Sabah, Ketua Hakim Negara ke-9 yang berketurunan Kadazandusun ini juga merupakan anak Sabah pertama yang menyandang jawatan tertinggi badan kehakiman itu.

Malah sebelum mengetuai badan kehakiman negara beliau sudahpun menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak selama 13 tahun.

Selain itu beliau juga banyak memainkan beberapa peranan penting sepanjang 27 tahunberkhidmat di dalam badan kehakiman sehinggalah ke hari persaraannya antaranya :

#1 Sentiasa yang pertama

Selain statusnya sebagai anak Sabah pertama yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan Hakim Besar Sabah Sarawak, beliau juga merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan termuda yang pernah dilantik di Malaysia iaitu sewaktu berumur 52 tahun

Malah setakat hari ini dia juga merupakan satu-satunya Ketua Hakim Negara yang berasal dari Sabah & Sarawak

#2 Cetuskan idea mahkamah bergerak Sabah Sarawak

Foto : BornePost

Percaya atau tidak, beliau adalah orang yang mencetuskan idea penubuhahan inisiatif Mahkamah bergerak di Sabah & Sarawak dalam membantu memberikan nasihat undang-undang dalam kes-kes yang bersesuaian kepada masyarakat luar bandar dan kini di perluaskan juga untuk mereka di bandar.

#3 Banyak buat perubahan & modenkan sistem kehakiman

Malanjum juga bertanggung jawab memperkenalkan konsep pengurusan bersama dan berkumpulan, di mana hakim yang memegang empat jawatan tertinggi (Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak) diberikan kuasa dan tanggungjawab sama dalam segala hal berkaitan dasar serta penyertaan dalam pengurusan badan kehakiman.

Malah beliau juga telah memperkenalkan sistem “time sheet” yang digunakan di Sabah Sarawak ke Semenanjung, iaitu sebuah sistem secara berkomputer bagi menggalakkan pengurusan masa mahkamah yang lebih berkesan dalam kalangan hakim dan pegawai kehakiman.

Meskipun pelantikan beliau sebelum ini sudah cukup membanggakan namun penulis merasakan beliau juga layak dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia itu.

Baca artikel berkaitan Sabah di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.