fbpx
Now Reading
Samun Wanita China, Koperal Polis Di Tahan [Video]

Samun Wanita China, Koperal Polis Di Tahan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/lleyneill/videos/3467067150004021/

Sejak semalam tular satu video yang memperlihatkan seorang wanita dilihat menjerit-jerit sambil diheret oleh 3 lelaki dipercayai disamun.

Menerusi video berdurasi 20 saat berkenaan, wanita yang dikenal pasti sebagai seorang warga China berusia 29 bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas jeritannya mendapat perhatian orang awam.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana pada jam 7 petang 23 Ogos lalu.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berkenaan yang merupakan seorang jurujual sewaktu kejadian sedang minum bersama rakannya di kedai berhampiran tempat kejadian .

Dia kemudiannya dihampiri 3 lelaki tidak dikenali yang memperkenalkan diri mereka sebagai polis yang kemudiannya terus menarik dan mengheret tangan mangsa ke kawasan parkir.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana jeritannya didengari orang awam menyebabkan 2 dari penjenayah terbabit melarikan diri manakala satu darinya berjaya ditahan orang awam.

“Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan individu yang ditahan merupakan seorang anggota polis berapangkat koperal.

Polis berstatus ‘ditahan kerja’

Dia bagaimanapun merupakan anggota polis yang dalam status ditahan kerja.

“Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

“Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dua suspek yang dikenali pasti sedang diburu

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti dua suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan,” katanya.

Menurutnya, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.