fbpx
Now Reading
Menteri Pengangkutan : Tak Perlu Periksa Puspakom Jika Cukai Jalan Tamat Kurang Dari 3 Tahun
JPJ

Menteri Pengangkutan : Tak Perlu Periksa Puspakom Jika Cukai Jalan Tamat Kurang Dari 3 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Motosikal dan kereta persendirian yang cukai jalan (LKM) tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun kini boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bermula pada jumaat lalu.

Perkata itu diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong selepas kerajaan mengambil kira permintaan pemilik kenderaan yang mahu diberi kelonggaran memandangkan ada yang menghadapi kekangan kewangan untuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom dalam situasi pandemik COVID-19.

“Pemilik kenderaan yang cukai jalan atau LKM luput dalam tempoh kurang tiga tahun atau 36 bulan boleh terus buat pembaharuan,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya beberapa hari lalu

Berdasarkan rekod, katanya, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

Terdahulu tular di media sosial surat pekeliling JPJ mengenai perkara tersebutyang menyatakan dua jenis kenderaan berkenaan yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh selama 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan dibenarkan memperbaharui cukai itu tanpa perlu pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM.

Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.

Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.