fbpx
Now Reading
Siapkan Suami & Iringinya Bersanding Malah Gelar Madu ‘Adik’, Wanita Ini Raih Pujian Ramai

Siapkan Suami & Iringinya Bersanding Malah Gelar Madu ‘Adik’, Wanita Ini Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=964661234030556&set=a.102473340249354&type=3&theater

Tidak semua wanita sanggup bermadu malah kami sendiri yakin 95% kaum wanita sememangnya tidak rela dimadukan.

Namun seorang wanita mencuri tumpuan di media sosial apabila dia bukan sahaja membenarkan suaminya berkahwin lain malahan dia sendiri menyiapkan dan menemani suaminya ke majlis pernikahan serta majlis persandingan.

Syiela Rashid menjadi perbualan netizen apabila dia berkongsi beberapa foto dan video sewaktu majlis-majlis tersebut di laman Facebook.

Dia yang turut bergambar bersama madunya malah menerima wanita tersebut umpama adiknya meraih pujian netizen malah ramai yang turun mengagumi keputusan yang dilakukannya.

“Officially akan dapat adik perempuan”

Jelas menerusi foto diatas Syiela , bukan sahaja duduk disamping mereka sewaktu makan beradap malah dia juga turut memegang tangat kedua suami dan madunya.

Syiela Rashid yang merupakan seorang make up artist (MUA) turut memaklumkan ada menyediakan baju khas untuk suaminya yang dihasilkannya sendiri untuk majlis persandingan akan datang.

Head to toe special touch by MUA Syiela Rashid

“Dah 5 tahun lebih akak tak pakaikan sampin utk pengantin lelaki…… Sejak mendirikan rumhtangga dengan kanda Khubaib ramli akak hanya mekapkan dan groom pengantin perempuan je…

“Hari ini… Setelah 5 tahun berlalu… Akak refresh balik skill2 lama akak… Semalam praktis sekali pakaikan sampin utk kanda… Ok…jari akak masih lembut rupanya..maklumlah mak andam..kata sang kanda haha
Head to toe kanda hr ni special touch by MUA Syiela Rashid ” tulisnya di Facebook.

Akak designkan pakai special untuknya untuk majlis akan datang

“Dan untuk majlis akan datang… Pakaian suami akak yang designkan special untuk hari tersebut” tulisnya lagi.

Dijengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji wanita ini dan tidak menyangka dia sebegitu tenang menerima perkara tersebut.

Kami doakan kesemua mereka akan berkekal dan berbahagia sehingga ke akhirnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.