fbpx
Now Reading
Batal Semua Urusan & Terbang Ke Kelantan Tolong Sahabat Jatuh Sakit, Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Batal Semua Urusan & Terbang Ke Kelantan Tolong Sahabat Jatuh Sakit, Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/CFwNsuHnULx/

Setiap dari kita pasti mempunyai sahabat baik, mungkin tak ramai tapi sekurang-kurangnya seorang rakan akrab .

Namun untuk mempunyai seorang sahabat sejati yang sanggup susah senang bersama sememangnya agak tipis dan diibaratkan satu dalam sejuta apatah lagi jika dia sudah berada di puncak kejayaan.

Kisah influencer dan usahawan Hafiz Mahamad yang sanggup membatalkan semua urusan kerjanya di Kuala Lumpur dan terus terbang pulang ke Kelantan demi membantu rakan karib dari kecil yang jatuh sakit benar-benar menyentuh hati orang ramai

Difahamkan rakannya langsung tidak berkeupayaan berjalan selepas 5 hari pulang dari Kuala Lumpur kerana menghidap strok.

Menerusi video tersebut jelas kelihatan Hafiz terpaksa mengendongnya yang jelas kelihatan lemah dan tidak mampu berjalan untuk menerima rawatan di hospital

Hidap Stroke kerana terlalu kuat kerja

Menerusi perkongsian Hafiz lagi, rakannnya itu sebelum ini terlalu bekerja keras setiap hari sehingga jatuh sakit dan disahkan mengidap stroke.

Kesian melihat keadaan rakannya dia kemudian mempelawa rakannya bekerja bersamanya di Kuala Lumpur . Namun 5 hari di ibu kota, rakannya memohon untuk pulang ke kampung halaman kerana sakitnya semakin teruk.

Tambah usahawan itu lagi, rakannya yang dikenali dengan nama Loh tu merupakan bekas atlet Judo yang menjuarai Sukma malah pernah mewakili negara ke Sukan SEA.

Sedang menerima rawatan

Difahamkan rakannya ketika ini sedang menerima rawatan di hospital. Dia dalam masa sama turut berjanji akan membiayai segala kos rawatan sahabatnya itu sehinggalah dia benar-benar pulih.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.