fbpx
Now Reading
Semakin Dapat Perhatian, Kini Netizen ‘Korek’& Dakwa Jam Tangan Shuib Sepahtu Cecah Jutaan Ringgit

Semakin Dapat Perhatian, Kini Netizen ‘Korek’& Dakwa Jam Tangan Shuib Sepahtu Cecah Jutaan Ringgit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan nama pelawak dan usahawan berjaya, Shuib Sepahtu menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

Semuanya gara-gara dia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dalam satu kes pengubahan wang haram yang membabitkan beberapa individu yang juga berstatus Datuk Seri.

Malah ada juga yang membuat spekulasi dan dakwaan kononnya kereta mewah milik Shuib turut disita selepas tular foto memperlihatkan beberapa kenderaan mewah dirampas SPRM dipercayai berhubung kes berkenaan.

Belum reda dengan kisah tersebut kini netizen mula ‘busy’ menyelidik jam tangan yang dimiliki oleh suami Siti Sarah itu pula.

Terbaru sebuah laman di Facebook, Makcik Kiah telah berkongsi beberapa foto Shuib yang tular di media sosial yang menurutnya diambil dari perkongsian para netizen

Menerusi perkongsian tersebut, geng-geng bawang mula mencungkil jenama jam dan anggaran harganya sehingga terkeluarlah beberapa nama jam mewah seperti Audemars Piguet, Rolex juga jenama jam mewah yang mencecah jutaan ringgit iaitu Richard Mille.

Malah ada dikalangan netizen yang membongkarkan harga-harga jam tersebut dan turut memuat naik tangkap layar harganya yang diambil dari beberapa laman e-dagang

Dijengah ke ruangan komen, kebanyakan ‘tentera bawang’ mula membuat spekulasi dengan meninggalkan pelbagai jenis hantaran ada diantara mereka yang berbalah mengenai perkonsian tersebut.

Ada yang merasakan topik berkenaan tidak seharusnya ditimbulkan kerana bimbang menjadi fitnah manakala segelintir merasakan ia bukan satu topik besar memandangkan Shuib sendiri yang berkongsi fotonya mengenakan jam sedemikian.

P/S : Sebagai seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan Shuib, penulis sendiri berpendapat yang dia memang seorang penggemar jam tangan .

Namun diharap tiada mengaitkannya minat dan hobinya dengan kes yang sedang berjalan memandangkan Shuib sendiri merupakan seorang selebriti dan usahawan berjaya sebelum perniagaan francais minumannya meletup apatah lagi ada dakwaan yang mengatakan hanya sebilangan kecil francaisnya yang dikaitkan dengan insiden tersebut

Jangan kerana marahkan penjenayah , orang yang tak bersalah terkena tempiasnya

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.