fbpx
Now Reading
Perkhidmatan Perbankan CIMB, Maybank Hadapi Masalah Untuk Diakses

Perkhidmatan Perbankan CIMB, Maybank Hadapi Masalah Untuk Diakses

Difahamkan beberapa perbankan lain turut menghadapi perkara sama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laman perbankan utama negara iaitu Maybank2u dan CIMBClicks hari ini difahamkan sedang menghadapi masalah teknikal untuk diakses.

Perkara tersebut disahkan kedua bank namun tiada penjesalan lanjut mengenai punca kejadian

Maybank menerusi satu kicauan balas kepada seorang pengguna Twitter memaklumkan sedang berusaha untuk mengatasinya, dan memastikan ia beroperasi seperti biasa kembali.

“Gangguan sementara untuk akses aplikasi Maybank & Maybank 2u

Manakala CIMB pula buat membuat pengumumkan mengenai perkara berkenaan di laman webnya dan meminta pengguna untuk melakukan sebarang transaksi di aplikasi CIMBClicks mereka.

“Cimb boleh diakses menerusi aplikasi CIMBClicks” – CIMB

Gangguan ini difahamkan turut menyebabkan fungsi FPX kedua bank ini tidak dapat diaktifkan

Bank lain turut mengalami perkara sama

Dalam pada itu beberapa orang pelanggan perbankan lain seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam turut memaklumkan yang mereka juga berhadapan dengan situasi sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.