fbpx
baki akaun maybank tiba tiba ada 404 juta (3)

Wanita Terkejut Lihat Baki Akaun Bank Lebih RM404 Juta

Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah tidak menganggap perkara ini ibarat durian runtuh, sebaliknya ia telah mengakibatkan akaun Maybank miliknya dibekukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gangguan kepada sistem perbankan atas talian adalah perkara yang biasa berlaku buat semua institusi perbankan di Malaysia.

Ada kalanya, perkhidmatan mereka tidak dapat digunakan buat sementara waktu dan ada juga yang berdepan masalah lebih rumit antaranya akaun bank hanya tertera baki RM0. Confirm ramai yang terkejut pada waktu itu.

Baca Artikel Berkaitan: Aplikasi Maybank MAE Alami Gangguan, Baki Tertera RM0


Wanita Terkejut Baki Akaun Maybank Ada Lebih RM400 Juta

Baru-baru ini, satu situasi yang mengejutkan telah berlaku kepada Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah ketika sedang menyemak baki di dalam akaun Maybank miliknya.

Menerusi hantaran dimuat naik di platform LinkedIn, wanita ini meluahkan rasa terkejut apabila melihat baki di dalam akaunnya itu tertera jumlah yang terlampau banyak iaitu RM404,040,404.04.

Sumber: LinkedIn Hafidzah Abdullah

Menurut Hafidzah, dia tidak menganggap dirinya boleh menjadi jutawan sekelip mata selepas melihat jumlah duit yang begitu banyak dalam akaun bank terbabit.

“Mungkin anda fikir saya menang loteri kan? Tak sebenarnya, ia adalah gangguan yang berlaku,” kata Hafidzah.


Jumlah Yang Terlampau Tinggi Hingga Akaun Bank Dibeku

Jelasnya lagi, perkara yang berlaku itu membuatkan dia terpaksa melalui satu proses yang agak sukar untuk mendapatkan semula akses kepada akaunnya selepas ia telah disekat oleh Maybank berikutan kemasukan wang dengan jumlah yang banyak itu.

Hafidzah mendakwa dia terpaksa pergi ke cawangan Maybank terdekat dan menghubungi khidmat pelanggan untuk menyahbeku semula akaunnya.

Lebih menimbulkan kemarahannya apabila panggilan yang dilakukannya kepada pekerja yang bertugas di khidmat pelanggan dipindahkan beberapa kali ke cawangan Maybank yang lain bagi menguruskan hal ini.

“Perkara yang berlaku ini bukan salah saya! Periksa akaun Maybank sudah dianggap sebagai satu rutin. Bukan setakat akaun saya, malah akaun syarikat juga tidak boleh digunakan,” kata Hafidzah.

Menurut wanita ini, gangguan yang berlaku selama tiga hari ketika hari pembayaran gaji adalah bukan satu perkara yang ‘kelakar’.

Sumber: LinkedIn Hafidzah Abdullah

Masalah Dipercayai Telah Diselesaikan Oleh Pihak Maybank

Perkara ini telah mendapat respon daripada Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad di ruangan komen hantaran tersebut yang meminta pengguna Maybank tersebut untuk menghubungi pihaknya.

Difahamkan, mereka lalu berhubung melalui Direct Message (DM) dan panggilan telefon sebelum Hafidzah kemudiannya memaklumkan bahawa masalah ini telah pun diselesaikan dan akaun bank miliknya juga sudah boleh diakses seperti biasa.

Sumber: LinkedIn Hafidzah Abdullah
Sumber: LinkedIn Hafidzah Abdullah
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.