fbpx
Now Reading
Aplikasi MAE & Laman Web Maybank Alami Gangguan, Pelanggan Terkejut Baki Akaun Hanya Tertera RM0

Aplikasi MAE & Laman Web Maybank Alami Gangguan, Pelanggan Terkejut Baki Akaun Hanya Tertera RM0

Seorang pengguna turut memaklumkan berdepan kesukaran untuk menghubungi unit khidmat pelanggan syarikat perbankan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/MyMaybank/status/1688465726443765760 [Kemaskini] Maybank memaklumkan perkhidmatan mereka telah berfungsi semula seperti biasa termasuk laman WEB M2U, MAE, kad kredit dan debit.


Maybank dilaporkan sedang mengalami gangguan di aplikasi MAE dan platform web mereka.

Menurut seorang pengguna Twitter @DrMaryam7, dia mempunyai masalah untuk melog masuk ke dalam akaun MAE miliknya.

Malah dia memaklumkan berdepan kesukaran untuk menghubungi unit khidmat pelanggan syarikat perbankan itu.

Baki tertera RM0

Menerusi ciapan balas, beberapa pengguna turut berkongsi perkara sama. Namun ada juga yang berjaya log masuk namun jumlah baki pada akaun hanya tertera RM0.

Tidak kurang juga yang gagal melakukan transaksi kerana gangguan tersebut.

Team kami di BuzzKini turut berdepan perkara sama di mana baki akaun menunjukkan angka 0 di MAE. Bukan itu sahaja, cubaan untuk log masuk laman web bank itu juga tidak berjaya.

Selain itu, team kami turut menerima beberapa notifikasi sama dari aplikasi MAE.

Maybank maklum alami gangguan pada laman web

Namun menerusi laman web Maybank2u(M2U), bank tersebut memohon maaf dan memaklumkan laman web M2U tidak tersedia buat sementara waktu. Sebaliknya pelanggan perlu menggunakan MAE.

“Harap maklum bahawa web Maybank2u tidak tersedia buat sementara waktu. Untuk keperluan perbankan dalam talian anda, sila gunakan aplikasi MAE.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” kata Maybank.

Semakan kami mendapati akaun di MAE sudah boleh diakses dan kembali normal seperti biasa.

Malah jumlah baki di dalam akaun juga sudah menunjukkan angka sebenar.

[TERKINI] Perkhidmatan kembali normal

Maybank memaklumkan perkhidmatan mereka telah berfungsi semula seperti biasa termasuk perkhidmatan di laman WEB M2U MAE, kad kredit dan debit.

Perkara itu dikongsikan Maybank menerusi satu bebenang di Twitter.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.