Seram! Gadis Kongsi Rakan Perempuan Tiba-Tiba Mengilai Dalam Kereta Pukul 2 Pagi
Gadis berkenaan merakam kejadian seram itu sebaik rakannya mula berkelakuan pelik dengan mengilai tanpa henti selama beberapa minit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Meluangkan masa bersama yang tersayang antaranya seperti keluarga dan rakan baik merupakan detik yang sering ditunggu oleh kebanyakan individu.
Pastinya detik itu akan dipenuhi dengan gelak tawa dan diisi dengan perkara yang pastinya akan memberi memori indah kepada seseorang.
Namun begitu, pernahkah anda mendengar pesanan orang-orang tua dahulu bahawa jangan terlalu seronok, kelak nanti akan menangis atau berlaku sesuatu yang buruk.
Kawan Perempuan Tiba-Tiba Mengilai
Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis apabila rakannya secara tiba-tiba mengilai di dalam kereta kira-kira jam 2 pagi.
Kejadian seram itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @eyyzz apabila dia menyedari rakannya mula berkelakuan pelik dengan mengilai tanpa henti selama beberapa minit.
“Kami lima orang dalam kereta ini. Saya sedang memandu tiba-tiba dia seorang je gelak tanpa sebab, katanya stres tapi bukan. Dia duduk sebelah,” tulisnya di dalam video.
Namun, tingkah laku pelik rakannya itu turut disedari oleh kawannya yang lain yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang.
“Member tempat duduk belakang dah risau sebab dah nampak dia lain, dia tak pernah gelak macam tu,” katanya lagi.
Buka Surah, Rakan Yang Mengilai Terus Muntah
Takut dengan tingkah laku rakannya itu, salah seorang rakan di bahagian tempat duduk belakang membuka ayat suci al-Quran sehingga menyebabkan gadis yang mengilai itu tiba-tiba muntah.
“Lepas muntah, semua kembali menjadi normal,” kata gadis itu.
Di akhir video berkenaan, gadis itu sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak keluar sehingga lewat malam bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Jangan keluar sampai 2 hingga 3 pagi, suka-suka tak ingat dunia,” tulisnya menerusi ruang video.
@eyyzz Replying to @nothingmuchsincerendang ♬ original sound – nothingmuchsincerendang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan takut dengan pengalaman seram yang dialami oleh gadis itu dan rakan-rakannya.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman seram yang lebih kurang sama terutama ketika pulang lewat malam.
Ya Allah, Nasib Baik Semuanya Selamat
Meremang Dengar Dia Gelak
Macam Member Aku Kena Time Keluar Malam, Diam Je Tiba-Tiba Lepas Itu Usap Rambut Sambil Gelak
Biasanya Dalam Waktu 2 Hingga 3 Pagi Memang Benda Tu Aktif
Baca Artikel Berkaitan: