fbpx
Now Reading
Ramai Mengeluh Baki Akaun Tiba-Tiba Kosong, Maybank Perjelas Hadapi Gangguan

Ramai Mengeluh Baki Akaun Tiba-Tiba Kosong, Maybank Perjelas Hadapi Gangguan

Isu ini menyebabkan ruangan komen Maybank di Facebook dan Twitter ‘diserang’ netizen yang mahukan jawapan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh media sosial hari ini apabila segelintir pengguna Maybank memaklumkan menghadapi kesulitan untuk mengakes akaun bank mereka.

Malah ada yang mendakwa gagal melakukan sebarang transaksi menggunakan kad debit mereka.

Apa yang lebih mencemaskan apabila ada beberapa pengguna mendakwa akaun simpanan mereka menunjukkan angka kosong seolah-olah tiada baki langsung di dalamnya.

Isu ini menyebabkan ruangan komen Maybank di Facebook dan Twitter ‘diserang’ netizen yang mahukan kepastian.

“Baki akaun saya hanya pamerkan RM0.00! Mana kesemua wang saya pergi?” tanya seorang netizen.

Seorang lagi turut melampiaskan rasa amarahnya apabila transaksi kad debitnya gagal namun sudah ada penolakan pada pihak bank.

Isu ini turut menyebabkan segelintir pelanggan Maybank tampil meluahkan rasa kecewa mereka di akaun media sosial masing-masing.

“Maybank tengah problem ke? Mana semua duit aku?”

Maybank kemudiannya tampil menerusi beberapa hantaran di media sosial memaklumkan terdapat gangguan pada beberapa perkhidmatannya.

Ini termasuklah aplikasi MAE, FPX dan juga penggunaan kad debit. Namun menurut Maybank, akses menerusi laman Maybank2u dan aplikasi M2U masih lagi boleh dilakukan namun pada kadar yang perlahan.

“Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pembayaran di platform FPX, kad debit dan MAE tergendala buat sementara, dan kami mengalami kelembapan sementara di aplikasi M2U dan laman Maybank2u.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran anda,” kata Maybank.

Setakat artikel ini ditulis, kami sebagai pengguna Maybank turut berdepan perkara sama namun berjaya melakukannya selepas beberapa percubaan. Namun ia kembali tergendala selepas dicuba sekali lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.