fbpx
Now Reading
“Kami Okay Cuma Rindu” – Pengiran Muda Abdul Mateen Kongsi Penyakit & Kisah Abang

“Kami Okay Cuma Rindu” – Pengiran Muda Abdul Mateen Kongsi Penyakit & Kisah Abang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Brunei baru-baru ini dikejutkan dengan berita kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menerusi laporan berita tempatan putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam padi 24 Oktober disekitar jam 10.08 pagi tadi dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Namun punca pemergian putera yang sangat prihatin terhadap isu kemanusiaan itu masih belum diketahui.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagamranya adindanya Pengiran Muda Abdul Mateen yang berkongsi luahan dan rasa rindu diatas pemergian Pengiran Muda Azim turut mendedahkan pada abangnya turut mendedahkan punca sebenar kemangkatan abangnya itu.

“Tak pernah bosan ketika Abang Azim ada”

“Tidak pernah membosankan ketika Abang Azim ada. Beliau selalu prank kami, bergurau dan tak pernah buat hidup terlalu serius.”

“Saya menghabiskan setiap hari sepanjang masa kecil saya dengan abang saya, beliau banyak mengajar saya dan menjadikan saya siapa saya hari ini, dan untuk itu saya sentiasa bersyukur.

Disahkan menghidap system vasculitis

“Awal tahun ini, abang saya disahkan mengidap systemic vasculitis yang merupakan penyakit autoimun. Penyakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi menyerang tisu badannya sendiri. 

“Pada masa yang sama, dia juga menghadapi gangguan bipolar yang membuatkan semangat juangnya semakin sukar. 

“Akhirnya, abang saya mengalami banyak kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, berpunca daripada sistem autoimun yang membawa kepada kemangkatannya pada pagi 24 Oktober. 

“Kami berkongsi maklumat kerana saya tahu ini yang diinginkan abang saya..”

“Kami ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit ini kerana saya tahu inilah yang diinginkan oleh abang saya,” tulis Pengiran Muda Abdul Mateen.

View this post on Instagram

🤍

A post shared by Mateen (@tmski) on

Menerusi perkognsian sama, Pengiran Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan doa yang diterima. 

“Kami tahu Allah SWT lebih sayangkan dia. Kami okay, kami cuma merindui dia. Sehingga kita berjumpa lagi bang,” jelasnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.