fbpx
Now Reading
Reaksi Ayah Siti Nur Surya Sewaktu Dikunjungi Ustaz Ebit Lew Undang Sebak Netizen [Video]

Reaksi Ayah Siti Nur Surya Sewaktu Dikunjungi Ustaz Ebit Lew Undang Sebak Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan pembunuhan kejam seorang gadis berusia 19 tahun, Siti Nur Surya dirumah sendiri di Hulu Terengganu.

Lebih mengejutkan apabila mangsa disyaki dibunuh oleh rakannya sendiri yang kini sudah pun di tahan reman bagi memudahkan siasatan.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian pencerah bebas dan aktivis Ustaz Ebit Lew yang kemudiannya turun untuk melawat keluarga arwah di sana

Menerusi laman media sosialnya, Ustaz Ebit yang sebak berkongsi foto & video sewaktu ziarahnya ke sana.

“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai saja rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. ‘Terharu ustaz hadir ke sini’. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.

“Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah” tulis Ustaz Ebit dipercayai memetik dialog ayah arwah, Ismail.

Menerusi video yang dikongsikan pula dapat dilihat deraian air mata Ismail yang, tidak mampu mengawal emosinya dan terus memeluk penceramah bebas tersebut sewaktu ketibaannya kesana.

Jelas di raut mukanya dia begitu kecewa dan bersedih lebih-lebib lagi peristiwa baru sahaja berlaku beberapa hari lalu.

Jelas Ustaz Ebit lagi, keluarga mereka ketika ini sedang diuji dengan ujian yang berat

“Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga”

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa terima kasih atas kesudian ustaz Ustaz Ebit untuk turun kesana melihat keadaan keluarga Arwah.

Malah ramai netizen yang turut bersedih apabila melihat reaksi si ayah terutama sewaktu dia mendakap dan menangis di sisi Ustaz Ebit .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.