fbpx
Now Reading
Seram! Pekerja R&R ‘Dihantui’ Entiti Ketika Leka Mencuci Tandas Pada Pukul 3 Pagi

Seram! Pekerja R&R ‘Dihantui’ Entiti Ketika Leka Mencuci Tandas Pada Pukul 3 Pagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bak kata orang pengalaman itu mendewasakan kita tapi lain pula pengalaman yang dilalui oleh seorang remaja lelaki lepasan SPM ini apabila dihantui oleh entiti di tempat kerjanya.

Walaupun sudah beberapa kali mengalami kejadian seram, namun remaja lelaki yang dikenali sebagai Fikri ini merasakan kejadian yang dialaminya kali ini cukup meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya sepanjang bekerja sebagai tukang cuci part-time di sebuah kawasan R&R.

Foto sekadar hiasan

Dia yang dahulunya mengakui pada mulanya dia berasa sedikit gelisah apabila bekerja pada waktu malam, tetapi lama-kelamaan ia menjadi satu kebiasaan bagi dirinya. Malah, pihak pengurusannya juga telah menetapkan 2 orang pekerja akan bertugas pada shift malam.

“Kami yang bertugas memang sudah biasa menempuh perkara-perkara aneh dan mistik terutamanya ketika sedang mencuci tandas.

“Kebiasaannya saya akan mencuci tandas lelaki manakala rakan saya pula akan membersihkan tandas wanita. Bukan sahaja kami tetapi pengguna yang singgah pada waktu malam pun ada yang diganggu,” katanya.

Jika tiba-tiba mendengar bunyi air pancuran dibuka atau bunyi pintu tandas ditutup itu sudah seringkali terjadi ketika sedang membersihkan tandas. Namun, sehinggalah suatu malam segalanya berubah apabila kehadiran entiti itu mulai menganggunya ketika dia sedang leka mencuci tandas sekitar jam 3 pagi.

Kredit: mStar

Dia yang ketika itu sedang membuang air kecil menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada malam kejadian itu sebelum tengkuknya meremang secara tiba-tiba.

“Masa saya tengah kencing tu, saya rasa seluar bahagian belakang saya basah seperti terkena air dan saya berpaling ke arah belakang.

“Apabila saya pandang ke bahagian bawah, seperti ada seseorang yang sedang kencing tepat ke arah kaki seluar saya dan fikiran saya mungkin rakan sekerja yang ingin kenakan saya.

“Tetapi apabila saya mendongakkan kepala ke atas…tiada siapa tapi seluar saya basash! saya terus lari keluar dari tandas itu,” katanya lagi.

Dek kerana tidak mahu terbawa-bawa perasaan takutnya itu, dia mula memberanikan diri untuk masuk semula ke dalam tandas. Apa yang lebih mengejutkan lagi ketika dia sedang mengintai sebuah tandas yang tidak berpintu itu terlihat satu sosok menyeramkan di tempat yang sama ketika dia membuang air kecil.

Kredit: mStar

“Ketika itu saya nampak bahagian belakangnya…ia seperti sedar kehadiran saya dan memalingkan mukanya ke arah saya. Memang menyeramkan.

“Saya masuh ingat rambutnya yang panjang, berkain putih seperti kain kapan dengan kesan kotoran tanah membaluti badannya. Apabila dia palingkan sahaja muka, saya memang terus cabut lari mencari rakan saya,” ujarnya.

Semenjak kejadian yang dialaminya itu menyebabkan dirinya mengalami demam selama 6 hari berturut-turut sehingga sudah cukup baginya untuk mengambil keputusan berhenti kerja dari tempat itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.