fbpx
Now Reading
Lelaki Jual Baju Bundle Tiba-Tiba Panik Lari Bila Dengar Siren Polis Ketika Live Di FB

Lelaki Jual Baju Bundle Tiba-Tiba Panik Lari Bila Dengar Siren Polis Ketika Live Di FB

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular video mengenai sekumpulan lelaki yang melarikan diri ketika sedang membuat live di Facebook, gara-gara terdengar siren polis yang menghampiri tempat mereka.

Menerusi postingan yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, @reyhann23_ yang berkongsikan sebuah video gelagat para jejaka yang ketika itu sedang menjual baju bundle secara live di Facebook tiba-tiba lari lintang-pukang seakan melihat seekor lipas.

Video yang berdurasi selama 19 saat itu ternyata menghiburkan hati ramai orang yang melihat gelagat mereka yang memakai kain pelikat lari pertempiaran setelah mendengar bunyi siren polis menghampiri.

Tambah lagi, apa yang lebih melucukan apabila terakam gelagat seorang lelaki sempat mengambil baju-baju jualannya sepantas kilat seakan bermarathon.

Kredit: Twitter/@reyhann23_

Rata-rata ramai yang meninggalkan komen yang melucukan setelah melihat telatah mereka di dalam video tersebut.

Tak cukup itu, ada juga yang membuat spekulasi bahawa berkemungkinan mereka tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah yang membuatkan mereka bertindak sedemikian.

Kredit: Twitter/@reyhann23_

Namun ada juga yang berpendapat kemungkinan mereka telah melanggar peraturan yang berkumpul secara beramai-ramai di satu tempat tanpa memakai pelitup muka.

Tapi part last yang angkat baju tu memang win betul lah, dia punya pantas tu kalah orang perempuan masa angkat kain jemuran!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.