fbpx
Now Reading
Disangka Hilang Dari Rumah, Rupa-Rupanya Si Oyen Tersangkut Dekat…

Disangka Hilang Dari Rumah, Rupa-Rupanya Si Oyen Tersangkut Dekat…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kucing sememangnya mempunyai sifat yang berbeza berbanding haiwan peliharaan yang lain terutamanya dari segi manjanya yang berlebihan.

Tapi kucing yang diberi nama Kuchoot ini lain pula jadinya apabila keletahnya membuatkan ramai yang terhibur.

Menerusi perkongsian Shukranaini Bustan Ariffin, dia memuat naik sekeping foto berbentuk poster mengenai kucing tersebut selepas dikatakan hilang selama 6 hari.

Kredit: Facebook/ Shukranaini Bustan Ariffin

Tambah lagi, poster tersebut menunjukkan bahawa pemilik kucing yang berwarna oren ini akan memberikan hadiah saguhati bagi sesiapa sahaja yang menjumpai kucingnya itu.

Namun, terdapat satu insiden lucu terjadi apabila kucingnya, Kunchoot difahamkan tersangkut di atas bumbung rumahnya, gara-gara kucingnya tidak pandai turun dengan sendiri.

Kredit: Facebook/ Shukranaini Bustan Ariffin

Selepas kucing kesayangannya itu ditemukan, tanpa segan silu kucingnya menjamah makanan yang dihidangkan dengan begitu lahap sekali.

Kredit: Facebook/ Shukranaini Bustan Ariffin

“Alhamdulillah syukur Ya Allah, Kunchoot Umi dah balik. Lepas 6 hari dia balik sendiri. Terima kasih atas doa dari sahabat-sahabat semua. Terima kasih pada yang share post, yang up post, yang bagi tips, yang bagi info dan yang bagi semangat kat Umi. Allah jua yang balas semua tu…aamiinn,” tulisnya di ruangan posting tersebut.

Tulah Oyen suka sangat jalan sorang-sorang, kan dah lapar tu. Kesian dia, nampak makanan tu macam satu nikmat yang tak terkata ya. Suka ya buat Umi dia risau tak balik rumah, sampai 6 hari pulak tu. Nasib balik!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.