fbpx
Now Reading
Gara-Gara Nak Kejar Traffic Light, Pemuda Pecut Kereta Hingga Rakan Tertinggal Buat Ramai Geli Hati [Video]

Gara-Gara Nak Kejar Traffic Light, Pemuda Pecut Kereta Hingga Rakan Tertinggal Buat Ramai Geli Hati [Video]

Awalnya Zul ingin mengejar lampu isyarat yang sedang hijau ketika itu sebelum sedar rakannya yang dikenali sebagai Minem tidak sempat menaiki kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita sering kali membaca atau mendengar kisah berkenaan ibu bapa yang tertinggal anak-anak di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Perkara ini berlaku disebabkan ibu bapa terlupa atau tidak menyedari ketiadaan si anak dalam kereta hingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk beredar selepas urusan di kawasan R&R selesai.

Lelaki tertinggal rakan kerana nak kejar lampu isyarat

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada sekumpulan anak muda ini apabila mereka tanpa sedar telah meninggalkan rakannya kerana ingin mengejar isyarat lampu hijau sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @zul_biasa di TikTok, kelihatan kenderaan yang dipandunya telah beredar meninggalkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Minem di tepi jalan.

Awalnya ingat rakan nak bergurau

Minem pada mulanya mengingatkan bahawa Zul hanya mahu bergurau dengan berjalan seolah-olah ingin meninggalkannya.

Namun lama-kelamaan kenderaan itu dilihat laju meninggalkannya di belakang.

“Member ingat main-main sampailah betul-betul aku tekan minyak,” tulisnya sambil menyifatkan wajah rakannya pada ketika itu kelihatan pasrah ketika ditinggalkan.

Tidak lama kemudian rakan di bahagian penumpang bertanya mengapa Zul meninggalkan Minem namun soalan itu tidak dengari olehnya dipercayai kerana ekzos kereta yang bising.

Perasan pintu tak tutup rapat sebelum sedar rakan kena tinggal

Malah Zul menambah kelajuan kenderaanya kerana lampu isyarat telah bertukar menjadi kuning sebelum menyedari terdapat pintu di bahagian belakang tidak ditutup dengan rapat.

Zul lalu memanggil Minem yang sepatutnya duduk di belakang sebelum menyedari dia telah meninggalkan rakannya itu kerana ingin mengejar lampu isyarat.

Sebaik sahaja menyedari perkara itu, mereka yang berada di dalam kereta itu ketawa sesama sendiri.

“Asal tak cakap kuat-kuat, kita orang tak dengar,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan perkongsian tersebut apabila melihat reaksi Minem yang seperti terpinga-pinga apabila diri ditinggalkan.

“Minem tu tercengang habis”

“Nasib perasan pintu tak ketat kalau tak sampai rumahlah baru perasan”

“Saya dah pause video.. Harap-harap member abang tu sempat masuk kereta”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.