fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza & Neelofa Tersenarai 100 Bintang Asia Pasifik Paling Berpengaruh

Siti Nurhaliza & Neelofa Tersenarai 100 Bintang Asia Pasifik Paling Berpengaruh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Forbes Asia dua hari lalu telah menyenaraikan 100 bintang Asia-Pasifik yang paling berpengaruh di media sosial. Bintang-bintang yang berada didalam senarai ini terdiri dari pelbagai latar belakang seperti pelakon, penyanyi dan entrepereur.

Kebanyakan mereka dipilih dan dinilai berdasarkan pengaruh mereka di media sosial sehingga berjaya mengumpulkan berjuta-juta pengikut.

Bukan itu sahaja mereka juga dianggap sebagai orang penting yang dapat memberikan motivati kepada pengikut mereka di saat pandemik dunia sedang dilanda wabak Covid-19.

Foto : Forbes

Seperti yang semua jangkakan senarai ini dipenuhi bintang dari Korea Selatan seperti IU, BTS, dan Blackpink. Ini berdasarkan populariti dan pengaruh mereka yang tidak dinafikan di seluruh Asia dan dunia.

Selain itu bintang Hollywood yang berasal dari Australia seperti Chris Hemsworth (Thor) dan Hugh Jackman (Wolverine) turut tersenarai .

Yang menariknya 2 selebriti terkenal dari Malaysia turut tersenarai didalam senarai tersebut iaitu penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta pengacara, Neelofa.

Selain Korea Selatan, nama-nama individu besar dari India yang begitu terkenal dengan industri Bollywood mereka turut tersenarai antaranya Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Alia Bhatt dan Akshay Kumar.

Malah beberapa bintang berpengaruh dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapore juga turut berada di dalam senarai tersebut.

Senarai penuh di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.