fbpx
Now Reading
3 Tahun Gadis Ini Dah Move On, Tiba-Tiba Bekas Kekasih Masuk Meminang [Video]

3 Tahun Gadis Ini Dah Move On, Tiba-Tiba Bekas Kekasih Masuk Meminang [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Siapa sangka dahulunya dianggap sebagai bekas kekasih, tetapi kini sudah sah bergelar suami dan juga isteri. Wah, inilah yang dikatakan kalau jodoh tak kemana!

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang gadis bernama Siti apabila dia dikatakan telah dilamar oleh bekas kekasihnya sendiri.

Jelasnya, dia pernah menjalinkan hubungan cintanya bersama tunangnya, Azri pada tahun 2017, namun hubungan tersebut telah pun berakhir sejak 3 tahun yang lalu.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @yayangggggg_ itu menceritakan tentang kisah cintanya di masa silam. Siapa dapat menjangkakan sekiranya orang yang kita berusaha untuk lupakan itu adalah jodoh kita selama ini.

Masuk meminang terus

Difahamkan, setelah Azri mengetahui akan status Siti ‘single’ kembali, tanpa lengahkan masa dia terus masuk meminang si pujaan hatinya. Seperti pasangan ini, siapa sangka rupa-rupanya jodoh mereka masih kuat!

Kredit: Instagram/ @yayangggggg_

Malah, berkat restu dari kedua ibu bapa mereka membuatkan detik-detik hari bahagia mereka semakin hampir. Pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan mereka pada 26 Disember 2020, pada hari Selasa yang lalu.

Walaupun, terdapat segelintir netizen yang memberikan reaksi yang sebaliknya dek kerana tak semua sanggup berjodohan dengan bekas kekasih. Betul tak?

Tetapi, rata-rata ramai yang meluahkan rasa gembira selain mengucapkan tahniah kepada pasangan ini menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok tersebut.

Kredit: TikTok/ @yayangggggg_
Kredit: TikTok/ @yayangggggg_

Perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 265.2k yang menonton di aplikasi TikTok miliknya, manakala sebanyak 42.6k yang menekan tanda suka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.