fbpx
Now Reading
Aksi Pantas Ketua Polis Balai Bukit Tinggi Halang Mangsa Cuba Bunuh Diri Dapat Pujian Ramai [Video]

Aksi Pantas Ketua Polis Balai Bukit Tinggi Halang Mangsa Cuba Bunuh Diri Dapat Pujian Ramai [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak semalam tular beberapa video memperlihatkan cubaan seorang gadis untuk membunuh diri di sebuah jambatan di Bukit Tinggi, Pahang.

Menerusi video tersebut, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan sementara beberapa anggota polis dilihat cuba memujuknya.

Selain itu, beberapa anggota bomba juga dilihat berada dilokasi berkenaan dengan memasang jaring di bawah jambatan berkenaan.

Menerusi laporan Harian Metro, gadis tersebut cuba terjun dari flyover Bukit Tinggi Lebuhraya Karak-KL dari Plaza Tol Gombak menghala Bentong, kerana mendakwa tertekan selepas ditegur bapanya .

Mangsa difahamkan tertekan selepas ditegur bapanya kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya turut merampas telefon itu.

Selain itu mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, polis menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.12 petang sebelum menghantar sepasukan anggotanya dari Balai Polis Bukit Tinggi ke kawasan kejadian.

Namun sewaktu proses memujuk, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar secara senyap-senyap telah menyusup dari belakang dan akhirnya sempat menarik mangsa.

Kecekapan Sarjan Mejar Maznan turut mendapat pujian Superintendan Zaiham yang menyifatkan ianya membanggakan Warga IPD Bentong.

Video tersebut yang turut dikongsikan IPD Bentong nyata menarik perhatian ramai.

Dijengah ke ruangan komen rata-rata memuji tindakan pantas dan kecekapasan OCS Bukit Tinggi itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.