fbpx

Semangat Belajar Tentang Haiwan, Murid Selamba Bawa Kucing Dari Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Menjadi seorang guru adalah sangat mencabar kerana harus berhadapan dengan pelbagai karenah murid terutamanya bagi yang mengajar pelajar sekolah rendah.

Tambahan pula, golongan pelajar itu mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang kadang kala tidak dapat dijangka dek akal.

Baru-baru ini, viral sebuah video mengenai seorang guru yang mengeluarkan seekor kucing dari beg sekolah anak muridnya.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh @isfiefaraulah di aplikasi TikTok, ia menunjukkan kehebohan dalam bilik guru apabila seorang cikgu perempuan yang dikenali sebagai Siti Saharah mengeluarkan kucing tersebut dari beg berwarna merah jambu milik muridnya sambil dilihat oleh guru-guru lain.

Guru tersebut mengatakan bahawa dia mengajar  tentang haiwan pada hari tersebut. Dia memaklumkan perkara itu selepas ditanya seorang guru lain sama ada murid tersebut memberikan kucing itu kepadanya.

@isfiefaraulah

Budak bawak kucing ke sekolah..cikgu pening

♬ original sound – Khairultbh

Difahamkan sebelum itu, murid tersebut membawa haiwan peliharaannya di dalam beg bagi mengikuti pembelajaran yang berkaitan dengan jenis-jenis haiwan.

Selanjutnya, cikgu Siti meletakkan kucing berkenaan di dalam sebuah bekas dan memberikan makanan kerana dia kelihatan tidak bermaya.

Sehingga artikel ini ditulis, rakaman video berdurasi 30 saat itu telah mendapat 763.2K views, 97K likes dan 2.8K shares di laman TikTok. 

Rata-rata netizen memberikan komen lucu dan terhibur dengan perkongsian video tersebut.

Malah, ada juga yang menceritakan pengalaman mereka semasa di sekolah dulu dan berkata mereka juga pernah melakukan perkara sedemikian.

Foto: TikTok

Foto: TikTok

Foto: TikTok

Wah! nampaknya ramai juga yang suka bawa kucing senyap-senyap ke sekolah ye.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.