fbpx

3 Tahun Tak Balik Kampung, Hasrat Gadis Hidap Kanser Otak Tahap 3 Akhirnya Tercapai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selapas hampir 3 tahun tidak dapat pulang ke kampung untuk bertemu datuk dan nenek, impian seorang remaja, Noraifa Azira Abdul Aziz, 14 yang menghidap kanser otak tahap 3 untuk pulang ke sana akhirnya tercapai.

Usaha murni membawa adik Nooraifa tersebut berjaya dilaksanakan hasil inisiatif aktivis kemanusiaan, Natipah Abu selepas beliau berjaya menghubungi Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed yang berbesar hati menawarkan helikopternya untuk membawa adik Aifa.

Menerusi perkongsian Natipah Abu, beliau yang pada mulanya merancang menggunakan bot untuk membawa gadis tersebut ke Alor Setar dari Langkawi bagaimanapun terpaksa menukar pelannya memandangkan ia tidak sesuai dengan keadaan keselamatan Aifa.

Bila ayah Aifa maklum kat Chik Pah hajat Aifa nak blk raya di kampung Chik Pah kira itu hajat biasa saja. Pun begitu Chik Pah tetap berusaha mencari bot laju sewa khas utk membawa pulang dari Langkawi ke Alor Setar.

Foto : Natipah Abu

Tetapi rupanya bot laju tidak sesuai utk Aifa kerana akan dilambung ombak. Hentakan akan berlaku, Aifa akan kesakitan yang amat sangat.

Beliau kemudian berikhtiar untuk mendapatkan pesawat antaranya dengan menghubungi pihak berwajib dengan bantuan Muslim Care Malaysia sebelum akhirnya tergerak hati untuk menghubungi Dato Mohd Kamil Din yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Syed Azman.

Usahanya berhasil apabila mereka berbesar hati untuk membawa adik Aifa terbang ke kampung halaman atuk dan neneknya.

Menerusi laporan Harian Metro, adik Aifa akhirnya diterbangkan ke Alor Setar pagi tadi sebelum dibawa oleh ambulans Briged Sukarelawan 1 Malaysia (BS1M) Sik dan Bomba Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (YJM) ke rumah neneknya.

Ambulans yang digunakan untuk menghantar Aifa ke kampungnya selepas tiba di Alor Setar Foto : Natipah Abu

Menurut ibunya, Roslina Aaswira Azmi, anak sulungnya itu sudah terlantar dari tahun lalu selepas pakar perubatan mengesahkan tiada lagi kaedah atau rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya.

Aifa difahamkan mula menjalani pembedahan pada tahun 2013, selepas doktor menemui tumor pada saraf tunjangnya.

“Namun, pada usia 11 tahun, kanser kembali menyerang dan doktor melakukan empat kali rawatan kimoterapi tetapi tiada sebarang perubahan dan tumor itu semakin membesar.

“Sejak tahun lalu dia mula terlantar dan akhir-akhir ini dia tidak berselera makan, sejak minggu lalu hampir setiap hari dia mengadu rindu kepada neneknya dan mahu balik beraya di kampung selepas tiga tahun tidak pulang kerana penyakitnya,” kata Roslina dipetik dari Harian Metro.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.