fbpx
Now Reading
Konon Bantu Kawan Jimatkan Bil, Lelaki Ini Enggan Bayar Duit Makan Sebab ‘Belanja’ Kupon Diskaun

Konon Bantu Kawan Jimatkan Bil, Lelaki Ini Enggan Bayar Duit Makan Sebab ‘Belanja’ Kupon Diskaun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Biasanya kalau kita keluar bersama rakan, mesti akan wujud ‘common sense’ untuk bahagikan bil tak kiralah untuk duit minyak kereta, harga tiket parking dan juga makanan. Walaupun masing-masing dah bekerja dan mampu untuk keluarkan duit lebih untuk kawan sendiri, namun ‘prinsip’ ini tetap perlu dibiasakan.

Lagipun tak best lah kalau kita berharap kawan sendiri akan keluarkan duit untuk belanja kita setiap kali keluar kan?

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Taipei, Taiwan telah berkongsi kisah dimana dia dan empat orang rakannya keluar makan bersama-sama. Walaubagaimanapun, seorang daripada mereka enggan membuat pembayaran sebaliknya memilih menggunakan kupon diskaun.

Foto: China Press

Menurut China Press, pengalaman itu telah dikongsi lelaki itu di sebuah grup di Facebook. Jumlah keseluruhan makanan adalah TWD$2,500 (RM370) dan wajar untuk setiap seorang membayar TWD$500 (RM74).

Kemudian, seorang daripadanya mengeluarkan kupon diskaun sebanyak 30% dan jumlah keseluruhan menjadi TWD$1750 (RM259) selepas digunakan. Lelaki itu beranggapan telah menjimatkan duit rakan-rakannya sebanyak TWD$750 (RM111) jadi dia enggan membuat sebarang bayaran.

Menurutnya, kawannya itu menjangkakan bil itu hanya perlu dibayar oleh rakan-rakannya dimana TWD$1750 (RM259) jika dibahagikan kepada empat orang maka seorang hanya perlu bayar TWD$437.5 (RM65).

Foto: The Balance Small Business

Hal ini sudah semestinya mencetus perbincangan hangat di kalangan netizen. Ada yang menganggap perkara itu bukan satu masalah kerana jumlah bayaran untuk seorang telah berkurang. 

Manakala ada juga yang berpendapat sekiranya dia berada di tempat lelaki itu, dia akan mengumpul duit jumlah keseluruhan daripada setiap seorang terlebih dahulu dan gunakan kupon diskaun itu di kaunter untuk berlaku adil.

Diharapkan kita semua boleh sentiasa terapkan common sense dalam diri sendiri untuk elakkan kejadian macam ni daripada berlaku. Ini bukan nak membantu kawan ni, tapi nampak gaya macam nak ambil kesempatan pun ada juga kan?

Foto Kredit: Foodbeast

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.