fbpx
Now Reading
Forbes Senaraikan Pulau Pinang Antara Pulau Termurah Di Dunia Untuk Didiami

Forbes Senaraikan Pulau Pinang Antara Pulau Termurah Di Dunia Untuk Didiami

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/tlaf01/status/1389129434779643911?

Majoriti rakyat Malaysia pasti tahu Pulau Pinang antara negeri yang menjadi tarikan pelancong baik tempatan dan luar negara. Malah negeri ini turut dikenali sebagai ‘syurga makanan’ disebabkan keunikan, keaslian dan variasi makanannya.

Foto : TripAdvisor

Walaubagaimanapun untuk menetap di sana bukanlah pilihan utama memandangkan Pulau Pinang antara bandar dengan kos sara hidup tertinggi di belakang Kuala Lumpur berdasarkan angka-angka Jabatan Perangkaan dan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada 2016.

Namun baru-baru ini Forbes menjadi perhatian orang ramai apabila menyenaraikan Pulau Pinang sebagai destinasi pulau yang ketiga termurah di dunia khususnya untuk golongan ekspatriat yang ingin bersara.

Menerusi artikel Quit Your Job And Move To An Island: 15 Places So Cheap You Might Not Have To Work yang memetik International Living, Pulau Pinang yang lebih dikenali sebagai Penang berada di kedudukan ketiga di belakang dua lagi pulau iaitu Phu Quoc, Vietnam dan Isla Colon, Panama.

Untuk hidup mewah disini, golongan yang mengimpikan kehidupan di pulau hanya memerlukan USD$1500 atau bersamaan dengan RM6156 setiap bulan. Dengan amaun serendah itu, mereka turut menyifatkan ada dikalangan expat yang tidak perlu lagi bekerja untuk tinggal disana.

Perkongsian tersebut bagaimanapun tidak disenangi segelintir rakyat tempatan memandangkan amaun tersebut sebenarnya jauh dari angka gaji purata rakyat tempatan.

Malah ia turut diakui oleh rakyat AS sendiri yang berpendapat mereka tidak seharusnya mengganggu dan mengambil kesempatan di tanah orang lain sebaliknya menumpukan pada tanah mereka sendiri.

Namun dari sudut positifnya, sumber Forbes iaitu International Living menyifatkan bandar yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga lengkap dari segala pakej dimana cuaca, ekosistem dan kecantikannya segaligus akan melengkapkan mood persaraan sesiapa sahaja.

Berbalik kepada artikel Forbes tadi, selain Pulau Pinang terdapat beberapa lagi pulau menarik di Asia Tenggara yang turut tersenarai seperti  Pulau Bali, Indonesia serta Koh Samui, Thailand yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Di bawah kami senaraikan 15 pulau termurah di dunia menurut laporan Forbes.

1. Phu Quoc, Vietnam
2. Isla Colon, Panama
3. Pulau Pinang, Malaysia
4. Caye Caulker, Belize
5. Koh Samui, Thailand
6. Crete, Greece
7. Cozumel, Mexico
8. Bali, Indonesia
9. Isla Mujeres, Mexico
10. Las Terrenas, Dominican Republic
11. Roatan, Honduras
12. Mallorca, Spain
13. Malta
14. Ireland
15. Ambergris Caye, Belize

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.