fbpx
Now Reading
LZS Tampil Bantu Lelaki Yang Tinggal Dalam Kereta Usang

LZS Tampil Bantu Lelaki Yang Tinggal Dalam Kereta Usang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam kehidupan ini, tidak selalunya digambarkan sempurna. Ada kalanya kita akan diberi ujian dengan bermacam-macam cabaran dan dugaan yang di luar jangkaan.

Antara ujian tersebut ialah apabila seseorang itu diduga dengan penyakit, kematian orang tersayang ataupun hilang pergantungan hidup.

Namun, ingatlah bahawa Allah tidak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri.

Tinggal dalam kereta usang

Foto: Twitter

Begitulah nasib seorang lelaki yang dipaparkan melalui perkongsian di laman Twitter Zakat Selangor, seorang lelaki dipercayai tinggal di dalam kereta usang yang diletakkan di Denai Alam, Selangor.

Lelaki tersebut memaklumkan bahawa dia baru sahaja berpindah dari Kedah dan ingin mencari pekerjaan baru di Selangor.

Skuad Saidina Umar (SSU) berjaya menjejaki beliau di tempat yang dilaporkan. Hasil siasatan menunjukkan beliau baru berhijrah dari Kedah dan sedang mencari pekerjaan di Selangor.

Foto: Twitter

Tidur di kawasan RNR

Menurutnya, dia hanya tidur di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) sebelum ini. Akan tetapi, dia terpaksa mencari tempat tinggal lain selepas kawasan tersebut ditutup.

Selanjutnya, lelaki berkenaan juga tidak mempunyai apa-apa pendapatan sehingga terpaksa menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar kawasan tersebut untuk mendapatkan sedikit wang.

Sebelum ini dia tidur di kawasan RnR, tetapi terpaksa keluar kerana kawasan RnR tersebut ditutup. Buat masa ini, dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar kawasan tersebut.

Foto: Twitter

Telah didaftarkan sebagai asnaf

Sehubungan dengan itu, lelaki tersebut telah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan difahamkan akan mendapat bantuan kewangan bulanan mulai Mei ini.

Pihak Lembaga Zakat Selangor juga menawarkan pertolongan untuk mendapatkan rumah sewa kepada lelaki itu walaupun dia manolek dan mengatakan mahu mencarinya sendiri.

Kami juga cuba dapatkan rumah sewa untuk beliau. Namun beliau memohon agar diberi sedikit masa supaya beliau dapat mencari bilik/rumah sewanya sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.