fbpx
Now Reading
Tak Lepas Roadblock, Van Putih Patah Balik Siap Pasang Lagu Raya Guna Speaker [Video]

Tak Lepas Roadblock, Van Putih Patah Balik Siap Pasang Lagu Raya Guna Speaker [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahun ini adalah merupakan tahun kedua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana pandemik. Malah kita masih kita tidak dapat pulang ke kampung halaman di negeri lain untuk berhari raya bersama ahli keluarga demi mematuhi SOP dan perintah PKP untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Sudah semestinya perkara ini memang memberi dilema dan impak yang hebat kepada setiap orang terutamanya yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa.

Menerusi video yang dikongsi semula di TikTok @heyfalutfies yang diambil dari Facebook muhamadhamizan, sebuah van dilihat berpatah balik dipercayai tidak dapat melepasi sekatan jalan oleh pihak polis.

Tetapi yang mencuri tumpun dimana van berwarna putih tersebut memasang lagu raya sewaktu sedang berpatah balik

@heyfalutfies

Bengang tak dapat redah roadblock la tu 🤣cc:fbmuhamadhamizan

♬ original sound – 𝓗𝓮𝔂𝓯𝓪 𝓛𝓾𝓽𝓯𝓲𝓮𝓼 🌼

Lagu raya dendangan artis veteran, Aishah bertajuk ‘Pulanglah’ dipasang menerusi ‘speaker’ di van berwarna putih itu berkemungkinan untuk menunjukkan rasa sedih tidak dapat pulang berhari raya di kampung.

Macam budak kecil merajuk

Video yang berdurasi 53 saat itu mendapat 1.2 juta kali tontonan dan nyata telah menghiburkan para netizen.

Dah 2 tahun tak dapat balik raya

Ada juga yang sedih mendengar lagu yang dipasang kerana tidak dapat beraya seperti biasa disebabkan oleh PKP.

Kesian tapi polis dengan askar pun senasib

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.