fbpx

Lelaki Kecewa Ayah Percaya Petua Hidu Bunga Cengkih Rawat Covid-19, Doktor Tampil Beri Penjelasan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyebaran berita dan tips-tips palsu mengenai Covid-19 di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya memang terlalu banyak dan susah untuk dikawal.

Kebiasaannya orang yang mencipta mesej seperti ini tak lain tak bukan cuma untuk menjadikannya viral sekaligus dapat memperdaya orang ramai terutamanya golongan yang lebih tua.

Sudah semestinya memang akan ada kalangan yang percaya dengan petua palsu dikongsikan di grup WhatsApp kerana masing-masing mahu menghindari jangkitan Covid-19. Namun begitu, kalau kita cuma pandang sebelah mata tentang hal ini maka mungkin ramai akan ikut petua yang bukan-bukan dan boleh memudaratkan diri sendiri.

Foto: FB Dr Mahyuddin

Hal ini dapat dikaitkan dengan seorang lelaki yang kecewa kerana ayahnya terpedaya dengan mesej berantai mengenai petua rawatan Covid-19.

Vaksin tak percaya, hidu bau cengkih percaya

Kisah ini dikongsikan sendiri di TikTok @haikal_gorgeous dimana telah ‘kantoi’ ayahnya merebus bunga cengkih di dalam ‘heater’ yang dikatakan mampu mengubati penyakit berjangkit itu. Tambahnya yang dikenali sebagai Haikal, petua itu datang dari mesej berantai di grup WhatsApp.

@haikal_gorgeous

Aku kalau dapat orang yang sebarkan benda alah ni, tahu la aku nak buat apa dengan dia!!! Geram aku!!!

♬ original sound – gojes

Kalau mahu bantu frontliner, ikuti langkah yang betul

Berikutan dengan penularan mesej palsu ini, seorang Pakar Bedah Ortopedik, Dr Mahyuddin Mohamed tampil menerangkan tindakan yang sepatutnya dilakukan sekiranya mengalami gejala Covid-19. Menurutnya, setiap individu perlu segera ke hospital jika mengalami selsema, sakit tekak, batuk dan kesukaran bernafas.

Tegasnya, sekiranya mahu membantu frontliner, ikuti langkah yang betul dan jangan sesekali terpedaya dengan petua sembarangan. Malahan selain daripada tiada kajian yang membuktikan keberkesanannya, menghidu wap panas boleh menyebabkan ‘inhalation injury’ atau kerosakan salur pernafasan.

“Kalau boleh guna wap cengkih untuk merawat Covid-19, tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin, buat pusat pemberian vaksin, pusat kuarantin pesakit Covid-19 dan sediakan wad dan ICU untuk pesakit Covid. Baik kita belanja duit beli bunga cengkih je.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.