fbpx
Now Reading
“Ikan Apa Pun Boleh.”- Tular Perang Laksa, Tunku Azizah Minta Semua Bertenang

“Ikan Apa Pun Boleh.”- Tular Perang Laksa, Tunku Azizah Minta Semua Bertenang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular baru-baru ini mengenai isu laksa Johor dan laksa Kedah yang menjadi perdebatan para netizen di media sosial. Masing-masing juga tak terlepas berkongsi resepi pelbagai jenis laksa di Malaysia.

Perdebatan ini memang nyata hangat terutamanya di Facebook dimana jika anda taip perkataan ‘laksa’ di ruangan carian, pasti akan keluar cadangan ‘laksa gaduh viral’ dulu.

Foto: Facebook

Melihat hal kecil ini masih dibincangkan sehingga hari ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta agar masing-masing tidak bergaduh mengenai laksa.

Baginda turut tidak melepaskan peluang berkongsi cara menyajikan hidangan laksa yang sedap dan juga kepelbagaian jenis mi yang digunakan untuk menyantap hidangan itu.

Foto: IG Tunku Azizah

“Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera. Ikan apa pun boleh, udang hidup, udang kering atau ikan masin, yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah, main api sehingga naik minyak.

“Laksa Pahang pun sedap, saya gabungkan kuah Johor dan Pahang! Saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti. 

“Laksa pahang juga sedap sangat. Tidak di tumis, cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah laksa Johor! Saya suka laksa beras dan laksa tepung dimasak atas kayu api, baunya sedap.”

Pada masa yang sama, baginda turut telah menunjukkan cara membuat gulungan laksa atau lebih dikenali sebagai ‘chap’.

Foto: IG Tunku Azizah

“Kena minta maaf di sini, orang Johor pandai ‘chap’ laksa spaghetti tapi orang Pahang pandai ‘chap’ laksa tepung dan orang Terengganu pandai ‘chap’ laksa beras.”

Tunku Azizah cukup terkenal dengan hobi yang suka memasak. Sebelum ini baginda telah berkongsi pelbagai jenis masakan yang kebanyakannya adalah hidangan tradisional.

Perkongsian sedemikian rupa sering mencuri perhatian ramai sekaligus dapat mendekatkan diri dengan rakyat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.