fbpx
Now Reading
Dikecam Persenda Pakaian Tradisional Iban, Ryzal Duriankimchi Tampil Mohon Maaf

Dikecam Persenda Pakaian Tradisional Iban, Ryzal Duriankimchi Tampil Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan suami isteri Malaysia-Korea terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam dari Duriankimchi merupakan antara selebriti media sosial yang digemari ramai. Keletah mereka yang bersahaja dan kelakar membuatkan penonton dan peminat mereka tidak kering gusi.

Namun nama Ryzal telah menjadi perbualan hangat di media sosial setelah didakwa mempersenda pakaian tradisional Iban yang dipakai oleh isterinya.

Sensitif untuk bergurau tentang kostum tradisional Iban

Menerusi klip video yang telah dikongsi sendiri di Instagram Story @ryzalibrhm, dia telah menyamakan setiap butiran di pakaian tersebut dengan duit syiling, kain meja dan juga kain buruk.

“Bagi saya ianya sensitif buat seorang ‘Public Figure’ untuk bergurau tentang kostum tradisional Iban. Tidak kelakar langsung. Ngepan Iban = Alas meja, kain buruk?”

Buat permohonan maaf

Ryzal kemudian tampil membuat permohonan maaf untuk meredakan keadaan.

“Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik berkenaan pakaian tradisional Iban tadi. Saya kesal dengan gurauan tidak menghormati budaya itu.”

“Saya buat salah, saya bertanggungjawab.”

Meskipun demikian, perkara ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya golongan orang Iban sendiri yang merasakan gurauan itu berlebihan dan tidak menjaga sensitiviti kaum. Ada juga yang berpendapat isterinya lebih pandai menghormati budaya walaupun berbangsa lain.

Ada banyak benda untuk dicakapkan

Maryam lebih pandai hormat budaya lain

Macam guna isteri untuk fame

“Kalau tak menghargai kepelbagaian budaya, akan gagal memahami bangsa lain.”

Cari rezeki dengan pakaian itu tetapi mempersenda

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.