fbpx
Now Reading
Whatsapp Buat U-Turn, Tidak Akan Tutup Atau Halang Akses Pengguna Yang Tidak Setuju Dengan Polisi Privasi

Whatsapp Buat U-Turn, Tidak Akan Tutup Atau Halang Akses Pengguna Yang Tidak Setuju Dengan Polisi Privasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar Mei lalu, WhatsApp menerusi satu nofikasi memaklumkan bahawa mereka akan mula menghadkan fungsi dan beberapa ciri aplikasi kepada penggunanya yang belum bersetuju dengan terma dan polisi privasi baru yang telah dikeluarkan syarikat berkenaan.

Apakah terma tersebut?

Terma dan polisi privasi yang kami maksudkan ialah mengenai perkongsian data dimana Whatsapp minta penggunanya membenarkan Facebook untuk mengutip data peribadi milik mereka untuk dikongsikan bersama platfom sosial lain mereka.

Menerusi kenyataan tersebut mereka turut menjelaskan mana-mana pengguna yang masih tidak menekan butang ‘setuju’ akan kerap dipaparkan notifikasi berkenaan sehingga mereka menerima polisi baharu berkenan.

Jika ianya berlarutan selama beberapa fasa mereka akan mula mengehadkan akses ke aplikasi tersebut secara berperingkat antaranya akses utama seperti melihat senarai sembang diikuti fungsi lain seperti menghalang anda daripada menerima panggilan ataupun notifikasi pada fasa seterusnya sekaligus menghalang pengguna dari menggunakan Whatsapp.

Whatsapp ubah fikiran benarkan pengguna guna aplikasi seperti biasa

Namun terbaru Whatsapp dilihat sudah melakukan u-turn dimana mereka menerusi satu ruangan FAQ memaklumkan tidak akan mengehadkan dan memadam akses para penggunanya yang masih belum bersetuju dengan polisi privasi berkenaan walaupun sudah melepasi tarikh yang ditetapkan iaitu 15 Mei.

No one will have their accounts deleted or lose functionality of WhatsApp on May 15th because of this update.” tulis WhatsApp.

Jelas kenyataan itu lagi mereka setakat ini tidak merancang untuk menghantar notifikasi peringatan kepada penggunanya dengan kerap dalam usaha meminta penggunanya bersetuju dengan polisi tersebut.

Keputusan tersebut diambil memandangkan majoriti penggunanya sudahpun menerima polisi privasi baru berkenaan.

“Considering the majority of users who have seen the update have accepted, we’ll continue to display a notification in WhatsApp providing more information about the update and reminding those who haven’t had a chance to do so to review and accept. We currently have no plans for these reminders to become persistent and to limit the functionality of the app.

“There will also be other opportunities for those who haven’t accepted the updates to do so directly in the app. For example, when someone reregisters for WhatsApp or if someone wants to use a feature that’s related to this update for the first time” tulis mereka lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.