Berang Minta Burger Percuma Tapi Tak Dilayan, Polis Pakistan Tahan 19 Staf Restoran Makanan Segera
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semata-mata nak dapatkan burger percuma, sekumpulan pegawai polis ini sanggup menyalahgunakan kuasa menahan 19 pekerja restoran makanan segera.
Menurut laporan, staf restoran makanan segera bertempat di Lahore, Pakistan itu telah ditahan sekitar jam 8 malam, Sabtu lepas. Kesemuanya telah ditahan semalaman kerana menolak permintaan burger percuma kepada pegawai polis yang terlibat.
Tak dibenarkan henti operasi
Pada masa yang sama, pekerja juga tak dibenarkan untuk menutup dapur atau menghentikan operasi sehingga para pelanggan terpaksa menunggu pesanan mereka.
Bukan pertama kali terjadi
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik pengendali akaun Facebook dan Instagram restoran makanan segera itu, kejadian bukanlah pertama kali terjadi malah mereka menjangkakan ia akan terus berlaku di masa hadapan jika tidak ada sebarang tindakan dari pihak berkuasa.
“Hampir tujuh jam pada waktu malam, mereka mengunci semua staf, mengganggu mereka semata-mata tidak diberikan burger percuma, kerana tidak melayan ‘permintaan dari tetamu istimewa yang sangat berprofil tinggi’.
“Ini bukanlah kali pertama pegawai polis melakukan perkara ini dan kami yakin ini juga bukan kali terakhir.”
Pegawai polis terlibat digantung
Insiden ini telah mencetus kontroversi di media sosial sehingga mendapat perhatian Ketua Polis Wilayah Punjab, IGP Inam Ghani yang kemudiannya bertindak menggantung kesemua pegawai yang terlibat dalam operasi itu.
“Tiada sesiapa pun yang dibenarkan menyalahguna undang-undang untuk kepentingan diri sendiri. Ketidakadilan tidak akan ditoleransi. Kesemua pegawai yang terlibat akan dihukum,” seperti dipetik kenyataan Ghani di Twitter Punjab Police Official.
Klip CCTV rakaman mengenai insiden berkenaan turut dikongsikan Wartawan Antarabangsa dari Pakistan, Murtaza Ali Shah di akaun Twitternya.
Foto Kredit: NPR, FB Johnny & Jugnu
Foto header sekadar hiasan.