“Pagi Ke Tadika, Petang Ke Sekolah”- Wanita Dedah Punca Pernah Hadir 2 Sesi Persekolahan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sangka, kerana satu kesalahan sahaja boleh mengubah kehidupan seseorang.
Begitulah nasib seorang wanita bernama Nur Bainul Adila Mohamad yang suatu ketika dahulu pernah melalui dua sesi zaman persekolahan berbeza peringkat umur.
Menurut laporan Mstar, wanita yang lebih mesra dipanggil Bainul ini memberitahu bahawa segalanya terjadi disebabkan kesilapan yang terdapat pada surat beranaknya.
Perkara itu mula disedari oleh seorang cikgu sekolah rendah yang dikenali sebagai Cikgu Daud.
Cikgu datang ke rumah
Mengimbau kembali, Bainul menceritakan Cikgu Daud datang ke rumah dan bertanya kepada ibu Bainul sama ada dia ada anak bernama Nur Bainul Adila ataupun tidak.
Malah, cikgu itu turut mempersoal kenapa ibunya tidak mendaftarkan Bainul ke sekolah rendah sedangkan pada waktu itu usia Bainul baru mencecah 6 tahun. Ibu Bainul menunjukkan surat beranak anaknya bagi membuktikan bahawa Bainul masih berusia 6 tahun dan belum layak lagi masuk sekolah rendah.
Selepas itu, Cikgu Daud lantas menunjukkan satu kesilapan pada surat beranak itu yang menunjukkan bahawa Bainul layak untuk bersekolah darjah satu walaupun dia masih berusia 6 tahun waktu itu.
Surat beranak salah tulis tahun
Rupa-rupanya,masa itu baru perasan pada surat beranak tersebut ditulis Bainul lahir pada tahun 1990 walaupun sepatutnya dia lahir pada tahun 1991.
Difahamkan, Bainul sudahpun membetulkan semula tahun kelahiran yang ditulis pada surat beranak tersebut dengan tahun yang betul.
Menurut wanita ini, akibat daripada kesilapan itu, dia terpaksa menghadiri dua sekolah dalam satu hari iaitu Sekolah Tadika Kemas Keratong 3, Rompin, Pahang pada waktu pagi, manakala darjah satu di Sekolah Rendah LKTP Keratong pada sesi petang.
Berfikiran positif
Walaubagaimanapun, Bainul kekal positif dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu kelebihan buat dirinya kerana berpeluang untuk tamatkan zaman persekolahan setahun lebih awal berbanding orang lain.
Tambahnya, dia berasa gembira dapat belajar dengan orang yang lebih matang dan mempunyai ramai kawan di sekolah. Bahkan, beberapa orang guru turut menjadikan Bainul sebagai anak angkat.
Mungkin itu lah hikmah yang tersirat disebalik kesilapan surat beranak wanita berkenaan. Bak kata pepatah “setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya”.